Jurnal kandungan Jurnal kandungan

Seni Kraf Kayu (Motif & Teknik)  

Seni Kraf Kayu (Motif & Teknik)

 

Motif Dan Teknik

 

Buku Seni Kraf Kayu
 

Keindahan seni ukiran kayu boleh dinilai pada kelembutan silat yang terdapat pada daun, bunga dan batang. Mont' tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan adalah berasal dari putik bunga, bunga kembang, dan buah. Penggunaan warna dan penyerlahan unit pada silat juga dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan pada panel ukiran. Nilai estetik dalam sebuah ukiran kayu diambil kira pada keindahan ukiran, konsep, komposisi, pemilihan bahan, teknik dan kemasan.

Kemahiran si pengukir, faktor alam persekitaran, bahan binaan, dan kepercayaan juga mempengaruhi nilai estetik seni kraf kayu. Konsep dan olahan idea pada motif ukiran mampu menambah-nilai sebuah penghasilan berseni dalam karya ukiran. Kaedah melalui pengambilan gambar, meniru alam. menggayakan alam dan memujaradkan alam dapat dihasilkan dengan mudah dan pengukir akan lebih menghayati ukiran yang dihasilkan.

Buku seni ukiran kayu ini mengandungi sepuluh motif ukiran kayu tradisional dan sepuluh motif kontemporari. la merangkumi teknik pembuatan panel ukiran yang dikumpul berdasarkan empat teknik utama termasuk rekabentuk motif tradisional, rekabentuk motif kontemporari, rekabentuk pembuatan panel dan teknik kemasan produk panel ukiran.

Klik di sini untuk poster buku.

Bookmark and Share
last-updated : 06 Disember 2013