Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Kemudahan Perpustakaan

Terminal Katalog Pepustakaan (Web OPAC)

Web OPAC (Online Public Access Catalog) merupakan katalog awam atas talian yang digunakan bagi membuat carian pelbagai jenis bahan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan seperti buku, majalah dan sebagainya. Pengguna boleh mengakses katalog perpustakaan melalui terminal yang disediakan di aras atas dan bawah.

Kebaikan menggunakan web OPAC :

  • Anda boleh membuat carian buku yang terdapat dalam koleksi perpustakaan secara online.
  • Anda boleh membuat tempahan buku untuk pinjaman.
  • Anda boleh melihat senarai dan maklumat bahan yang dipinjam.
  • Menjimatkan masa dan kos perjalanan.

Web OPAC boleh diakses melalui laman web Perpustakaan IKN – [email protected]

 

Mesin Pinjaman Layan Diri

Self Check

Pengguna boleh meminjam buku koleksi Rak Terbuka tanpa perlu beratur di kaunter perpustakaan, dengan menggunakan mesin pinjaman layan diri (mesin ‘self-check’) yang disediakan di aras atas. Hanya pengguna yang telah mendaftarkan kata laluan boleh menggunakan mesin ini.

 

Karel Terbuka

Pengguna yang memerlukan privacy untuk belajar boleh menggunakan Karel Terbuka. Terdapat 19 unit karel terbuka disediakan untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.

 

Kemudahan Internet dan Wi-Fi

Semua komputer yang terdapat di dalam perpustakaan disediakan dengan kemudahan internet. Pengguna juga boleh membuat capaian atas talian ke laman web global serta menggunakan perisian Microsoft Office. Di samping itu, perpustakaan juga menyediakan akses kepada ‘internet tanpa wayar’ atau Wi-Fi kepada pengguna yang menggunakan komputer riba atau perkakasan yang dapat mengakses isyarat Wi-Fi. Pengguna perlu mendapatkan kata laluan daripada Unit Teknologi Maklumat, IKN terlebih dahulu untuk menggunakan Wi-Fi.

 

Cetakan

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan cetakan komputer untuk bahan-bahan, artikel dan sebagainya. Pengguna dikenakan bayaran seperti berikut :

  • Kertas A4 (Hitam) – Min RM 0.10/helai
    Kertas A4 (Warna) – Maks RM 1.00/helai
  • Kertas A3 (Hitam) – Min RM 0.20/helai
    Kertas A3 (Warna) – Maks RM 2.00/helai

 

Mesin Fotokopi

Mesin Fotokopi

Pengguna boleh menggunakan mesin fotokopi yang disediakan di aras atas dan bawah perpustakaan. Pengguna diingatkan bahawa fotokopi bahan perpustakaan adalah tertakluk di bawah Akta Hakcipta 1987. Pengguna dikenakan bayaran seperti berikut :

  • Kertas A4 (Hitam) – Min RM 0.10/helai
    Kertas A4 (Warna) – Maks RM 1.00/helai
  • Kertas A3 (Hitam) – Min RM 0.20/helai
    Kertas A3 (Warna) – Maks RM 2.00/helai

 

Ruangan Membaca

Ruang Membaca

Ruangan yang ditempatkan di aras atas dan bawah perpustakaan memudahkan pengguna untuk membuat rujukan. Pengguna juga disediakan ruang selesa untuk perbincangan kumpulan.

 

Lokar Berkunci

Lokar Berkunci

Pengguna boleh menyimpan barang persendirian menggunakan loker berkunci yang disediakan berhampiran pintu masuk utama perpustakaan. Sewaan Lokar menggunakan wang syiling 50 sen setiap kali digunakan. Pengguna dinasihatkan tidak menyimpan barangan berharga. Pihak Perpustakaan tidak akan beratanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang persendirian milik pengguna.