Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Seni Kraf Kayu

Objektif

Mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf kayu bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang professional dalam industri kraf.

 

Direktori

Nama Gelaran Bidang Kepakaran

Norzehan Adli bin Muhamad

Ketua Jurusan / Pensyarah

Rekaan Industri

Zaulkfli bin Abdul Samad

Penolong Pensyarah (Rekaan)

Rekaan Industri

Syahrulnizam bin Mohamad

Penolong Pensyarah (Teknikal)

Ukiran Kayu

Kaharuddin bin Mustafah

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Kemasan Ukiran Kayu

Severinus bin Emor @ Amor

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Ukiran Kayu

Ahmad Fadli bin Johari

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Ukiran Kayu

Hanapi bin Muhamad

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Ukiran Kayu

Firdaus bin Ramri @ Ramli

Pembantu Pensyarah (Rekaan)

Ukiran Kayu

Salihen bin Sarbini

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Ukiran Kayu

Ridzuwan Bin Mohamad

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Ukiran Kayu

 

 

Maklumat Akademik & Kemahiran Kraf

Ketua Akademik

Unit Akademik & Kemahiran Kraf

Institut Kraf Negara

No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang

Taman Rekreasi Templer

48000 Rawang

Selangor

(u.p. : Jurusan Seni Kraf Kayu)

 

No. Telefon *

03-6091 5322

 

No. Faksimili

03-6092 6072

 

Emel Rasmi Akademik & Kemahiran Kraf

[email protected]

Jurusan Seni Kraf Kayu menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf kayu bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua
pengtahapan iaitu :

Program Sijil Seni Kraf Kayu (SK 102)

Program Diploma Seni Kraf Kayu (DK 102)


PROGRAM SIJIL SENI KRAF KAYU (SK102)

 

PROGRAM SIJIL SENI KRAF KAYU (SK102)

 

SINOPSIS

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf kayu bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf kayu melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

• Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf kayu.

• Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf kayu.

• Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.

• Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.

• Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Kayu, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf Kayu : 65 jam kredit

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Asas Seni, Asas Lukisan, Teknik Kraf Kayu I dan Rekaan Kraf Kayu I.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Lukisan, Teknik Kraf Kayu II, Rekaan Kraf Kayu II dan Keusahawanan I.

TAHUN 2

Semester III : Keusahawanan II, Latihan Industri, Lukisan Kayu, Teknik Kraf Kayu III, Rekaan Kayu III, Teknologi Bahan dan Asas Komputer.

Semester IV : Aplikasi Rekaan Kayu, Projek Akhir dan Aplikasi Komputer.


PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF KAYU (SK102)

 

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF KAYU (DK102)

 

SINOPSIS

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf kayu tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

• Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf kayu.

• Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf kayu.

• Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.

• Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.

• Kebolehan pendokumenan dan menjalankan penyelidikan.

• Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf Kayu dengan bantuan ICT.

• Kebolehan mengaplikasikan kajian yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta dapat menghasilkan produk seni kraf kayu secara tradisional dan kontemporari .

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Kayu, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma Seni Kraf Kayu : 90 jam kredit

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Fundamental Kraf, Asas Seni, Asas Lukisan dan Sejarah Seni Kraf Tradisional.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Kraf: Bahan & Proses, Lukisan, Sejarah Seni Kraf Kontemporari dan Pemikiran Kreatif.

TAHUN 2

Semester III : Bahasa Inggeris III, Pendidikan Islam III, Tamadun Islam III, Teknologi Bahan, Kraf: Teknik & Aplikasi I, Rekaan Kayu I, Asas Komputer dan Lukisan Teknikal.

Semester IV : Keusahawanan, Teknologi Kemasan, Kraf: Teknik & Aplikasi II, Rekaan Kayu II, Aplikasi Komputer dan Elektif.

TAHUN 3

Semester V : Latihan Industri, Kraf: Teknik & Aplikasi III, Rekaan Kayu III dan Peragaan Visual.

Semester VI : Projek Minor, Projek Diploma dan Penulisan Laporan.

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Senikraf Kayu. Setiap tenaga pengajar mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan pelajar di bawah didikannya mendapat ilmu yang mencukupi pada tahap kemahiran yang diperlukan.

kayu kayu kayu

 

 

BENGKEL UKIR

Ruang bengkel yang luas dengan meja ukir yang mencukupi menjadikan pelajar-pelajar Fakulti Senikraf Kayu selesa dan bebas untuk berkarya.

kayu kayu kayu

 

 

STUDIO

Terdapat 3 bilik studio yang berhawa dingin di Fakulti Senikraf Kayu yang disediakan untuk para pelajar sebagai tempat perbincangan, kelas dan sebagainya. Kemudahan Wifi juga disediakan bagi memudahkan pelajar melayari Internet untuk mendapatkan maklumat. Studio ini menjadi tumpuan para pelajar untuk menyiapkan kertas kerja atau folio yang wajib disediakan.

kayu kayu kayu

 

 

BENGKEL JENTERA DAN MESIN

Terdapat dua buah bengkel yang menyediakan pelbagai kemudahan mesin jentera dan mesin ringan yang lengkap untuk kegunaan pelajar.

 

kayu kayu kayu kayu

 

PERALATAN KECIL DAN MESIN RINGAN

Pelajar juga disediakan pelbagai jenis peralatan dan mesin ringan untuk kegunaan di bengkel.

 

kayu kayu kayu kayu
kayu kayu kayu kayu

 

PERSEKITARAN MENARIK

Persekitaran yang menarik dan penuh ketenangan di sekitar bengkel menjadi tempat pelajar-pelajar mencari inspirasi dan mengembangkan idea.

kayu kayu kayu