Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Seni Kraf Tenunan

Objektif

Mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf tenunan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang professional dalam industri kraf.

 

Direktori


Nama

Gelaran

Bidang Kepakaran

Noridah binti Johan

Ketua Jurusan / Pensyarah

Rekaan Tekstil

Arsad bin Ibrahim

Pensyarah

Rekaan Tekstil

Araiyah binti Abdul Rahman

Penolong Pensyarah (Teknikal)

Tenunan

Abdullah bin Saari

Penolong Pensyarah (Teknikal)

Tenunan

Norizah binti Abdullah

Penolong Pensyarah (Teknikal)

Tenunan

Nor Azian binti Mohd Amin

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Tenunan

Yusnida binti Yusof

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Tenunan

Wan Hazuzie binti Mustpha

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Tenunan

Siti Noor Hazilah binti Maarop

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Tenunan

Siti Maziah binti Mohd Zuber

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pewarnaan Tekstil

 

 

Maklumat Akademik & Kemahiran Kraf

Ketua Akademik

Unit Akademik & Kemahiran Kraf

Institut Kraf Negara

No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang

Taman Rekreasi Templer

48000 Rawang

Selangor

(u.p. : Jurusan Seni Kraf Tenunan)

 

No. Telefon *

03 – 6091 5322

 

No. Faksimili

03 – 6092 6072

 

Emel Rasmi Akademik & Kemahiran Kraf

akademik_ikn@kraftangan.gov.my

Jurusan Seni Kraf Tenunan menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf tenunan bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu:

Program Sijil Seni Kraf Tenunan (SK 101)
Program Diploma Seni Kraf Tenunan (DK 101)

PROGRAM SIJIL SENI KRAF TENUNAN (SK101)
PROGRAM SIJIL SENI KRAF TENUNAN (SK101)

SINOPSIS

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf tenunan bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf tenunan melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :
• Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf tenunan.
• Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf tenunan.
• Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
• Kebolehan mengaplikasikan kemahiran memtenunan bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
• Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Tenunan, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)
Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf Tenunan : 65 jam kredit

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Asas Seni, Asas Lukisan, Teknik Kraf Tenunan I dan Rekaan Kraf Tenunan I.
Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Lukisan, Teknik Kraf Tenunan II, Rekaan Kraf Tenunan II dan Keusahawanan I.

TAHUN 2

Semester III : Keusahawanan II, Latihan Industri, Lukisan Tenunan, Teknik Kraf Tenunan III, Rekaan Tenunan III, Teknologi Tekstil dan Asas Komputer.
Semester IV : Aplikasi Rekaan Tenunan, Projek Akhir dan Aplikasi Komputer.

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF TENUNAN (DK101)
PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF TENUNAN (DK101)

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual kepada para graduan. Kemahiran pemikiran intelektual bukan sahaja dari segi kemahiran kraf tenunan tetapi juga dari aspek pembuatan mengikut teknik dan cita rasa semasa mengikut keperluan industri.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :
• Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf tenunan.
• Kebolehan mencari peluang dari sumber budaya tempatan sebagai aktiviti-aktiviti keusahawanan.
• Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi kegunaan yang lebih praktikal, kreatif dan berdaya saing.
• Kebolehan mereka bentuk seni kraf tenunan dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.
• Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf tenunan dengan bantuan ICT.
• Kebolehan mengaplikasikan kajian yang berinovatif, kreatif, berdaya usaha serta dapat menghasilkan produk seni kraf tenunan kontemporari .

 PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Tenunan, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)
Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma Seni Kraf Tenunan : 90 jam kredit

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Fundamental Kraf, Asas Seni, Asas Lukisan dan Sejarah Seni Kraf Tradisional.
Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Kraf: Bahan & Proses, Lukisan, Sejarah Seni Kraf Kontemporari dan Pemikiran Kreatif.

TAHUN 2

Semester III : Bahasa Inggeris III, Pendidikan Islam III, Tamadun Islam III, Lukisan Tenunan, Kraf: Teknik & Aplikasi I, Rekaan Tenunan I dan Asas Komputer.
Semester IV : Keusahawanan, Teknologi Tekstil, Kraf: Teknik & Aplikasi II, Rekaan Tenunan II, Aplikasi Komputer dan Elektif.

TAHUN 3

Semester V : Latihan Industri, Kraf: Teknik & Aplikasi III, Rekaan Tenunan Komersial dan Projek Minor.
Semester VI : Peragaan Visual, Projek Diploma dan Penulisan Laporan.

Maklumat berkaitan Kemudahan & Pembelajaran yang Terdapat di Jurusan Seni Kraf Tenunan.

 

TENAGA PENGAJAR

Jurusan Seni kraf Tenunan mempunyai barisan tenaga pengajar yang berpengalaman dari segi kemahiran dan rekaan. Setiap tenaga pengajar bertanggungjawab dalam mendidik pelajar agar mampu menguasai ilmu akademik mengikut sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan. Justeru itu, setiap pelajar akan sentiasa dipantau bagi memastikan kualiti pembelajaran berada ditahap yang memuaskan.

tenunan tenunan tenunan

 

BENGKEL TENUNAN

Terdapat 2 bengkel utama di jurusan ini iaitu bengkel A dan bengkel B. Ianya mampu menampung kapasiti pelajar dari masa ke semasa. Pelbagai kemudahan disediakan bagi memudahkan urusan pembelajaran pelajar.

tenunan tenunan tenunan

 

STUDIO/BILIK KULIAH

Bagi memudahkan urusan pembelajaran, pihak jurusan menyediakan 2 studio/bilik kuliah yang berfungsi sebagai tempat membuat kelas rekaan, teori dan aktiviti akademik yang lain. Kedua-dua bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin,projector, meja terap dan kemudahan-kemudahan asas yang lain. Pelajar-pelajar boleh mengadakan sesi perbincangan dan latihan antara satu sama lain.

tenunan tenunan tenunan

 

PERALATAN DAN MESIN

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, pihak jurusan juga menyediakan pelbagai peralatan dan mesin bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang aspek tersebut. Setiap alatan atau mesin tersebut akan diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar tentang cara penggunaannya dengan betul dan berkesan.

tenunan tenunan tenunan

 

PERSEKITARAN JURUSAN

Bagi meningkatkan minat dan keselesaan proses pembelajaran dijurusan ini, pihak IKN telah menyediakan ruang persekitaran yang menarik dan harmoni. Elemen ini penting bagi melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam industri kraf.

tenunan tenunan tenunan