Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Seni Kraf Rotan & Buluh

Objektif

Mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf Rotan dan Buluh bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang professional dalam industri kraf.

 

Direktori

Nama Gelaran Bidang Kepakaran

Noorizal bin Ramly

Ketua Jurusan / Pensyarah

Rekaan Industri

Mohd Hamiruz bin Abd Latif

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Rotan & Buluh

Saiful Bahri bin Mohd Nordin

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Rotan & Buluh

Shaiful Fadly bin Hairudin

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Rotan & Buluh

Norashela Binti Abas
Pembantu Pensyarah (Teknikal)
Pembuatan Rotan & Buluh

Mohd Najib bin Ali

Pembantu Makmal

Kemasan Rotan & Buluh

 

 

Maklumat Akademik & Kemahiran Kraf

Ketua Akademik

Unit Akademik & Kemahiran Kraf

Institut Kraf Negara

No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang

Taman Rekreasi Templer

48000 Rawang

Selangor

(u.p. : Jurusan Seni Kraf Rotan & Buluh)

 

No. Telefon *
03 – 6091 5322

 

No. Faksimili
03 – 6092 6072

 

Emel Rasmi Akademik & Kemahiran Kraf

[email protected]

Jurusan Seni Kraf Rotan & Buluh menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Rotan & Buluh bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :

PROGRAM SIJIL SENI KRAF ROTAN & BULUH (SK105)

PROGRAM SIJIL SENI KRAF ROTAN & BULUH (SK105)

 

SINOPSIS

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Rotan & Buluh bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf.  Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf Rotan & Buluh melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

  • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Rotan & Buluh.
  • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Rotan & Buluh.
  • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
  • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
  • Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

 

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Rotan & Buluh, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA  tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat  Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

 

Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf Rotan & Buluh :  65 jam kredit

 

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I :Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Asas Seni, Asas Lukisan, Teknik Kraf Rotan I dan Rekaan Kraf Rotan I.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Teknik Kraf Rotan II, Rekaan Kraf Rotan II dan Keusahawanan I.

TAHUN 2

Semester III : Keusahawanan II, Latihan Industri, Teknik Kraf Rotan III, Rekaan Rotan III, Teknologi Bahan, Lukisan Teknikal dan Asas Komputer.

Semester IV : Aplikasi Rekaan Rotan,   Teknik Kemasa, Projek Akhir dan Aplikasi Komputer.

 

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF ROTAN (DK105)

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF ROTAN (DK105)

 

SINOPSIS

Program ini  bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf Rotan tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

  • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Rotan.
  • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Rotan.
  • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
  • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran pembuatan kraf Rotan bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
  • Kebolehan pendokumenan dan menjalankan penyelidikan.
  • Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf Rotan dengan bantuan ICT.
  • Kebolehan mengaplikasikan kajian yang kreatif, berinovatif,  berdaya
    saing serta dapat menghasilkan produk seni kraf Rotan secara tradisional dan  kontemporari .

 

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Rotan, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf,  Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik  serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA  tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

 

Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma Seni Kraf Rotan :   90 jam kredit

 

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I :Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Fundamental Kraf, Asas Seni, Asas Lukisan dan Sejarah Seni Kraf Tradisional.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Kraf: Bahan & Proses, Lukisan, Sejarah Seni Kraf Kontemporari dan Pemikiran Kreatif.

TAHUN 2

Semester III : Bahasa Inggeris III, Pendidikan Islam III, Tamadun Islam III, Teknologi Bahan, Kraf: Teknik & Aplikasi I, Rekaan Rotan I,  Asas Komputer dan Lukisan Teknikal.

Semester IV : Keusahawanan,  Kraf: Teknik & Aplikasi II, Rekaan Rotan II, Aplikasi Komputer dan Elektif.

TAHUN 3

Semester V : Latihan Industri, Teknologi Pengeluaran, Rekaan Rotan III dan Peragaan Visual.

Semester VI : Projek Minor, Projek Diploma dan Penulisan Laporan.

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian anyaman dan bahagian pembuatan perabut. Setiap pengajar yang terlatih akan mengajar semua teknik-teknik asas anyaman rotan dan pembuatan perabut kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Senikraf Rotan & Buluh. Setiap tenaga pengajar mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan pelajar di bawah didikannya mendapat ilmu yang mencukupi pada tahap kemahiran yang diperlukan.

 

 

BENGKEL ANYAMAN

Bengkel anyaman rotan berada ditingkat 2 bersebelahan dengan studio semester 01 dan 02. Bengkel anyaman adalah tempat permulaan bagi pelajar-pelajar semester 01 dan 02 untuk mengenali jenis-jenis rotan, peralatan tangan yang digunakan, mesin-mesin serta teknik-teknik anyaman rotan.

rotanrotanrotan

 

 

BENGKEL PERABUT

Bengkel pembuatan perabut rotan terletak dibahagian bawah bangunan Fakulti Senikraf Rotan & Buluh. Ruang bengkel perabut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk semester 04 dan 06. Bengkel yang luas dengan mempunyai kelengkapan mesin yang mencukupi menjadikan pelajar-pelajar Fakulti Senikraf Rotan & Buluh selesa dan dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

 

STUDIO

Terdapat 3 bilik studio yang digunakan oleh para pelajar terdiri dari studio semester 02, semester 04 serta studio semester 06. Studio semester 02 berada ditingkat 2 disebelah bengkel anyaman,didalam studio pelajar dihiasi dengan produk siap yang dihasilkan oleh pelajar semasa didalam kelas bengkel dan juga produk yang diajar oleh tenaga pengajar luar bagi setiap kursus anjuran Fakulti Senikraf Rotan & Buluh. Studio 04 dan studio 06 pula berada ditingkat 3. Studio 04 bersebelahan dengan bengkel jurusan fesyen manakala studio 06 pula bersebelahan dengan bilik staff projek RND jurusan senikraf rotan & buluh. Setiap studio digunakan untuk membuat kelas rekaan dan juga perbincangan bagi para pelajar.

rotanrotanrotan

 

 

PRODUK HASIL PELAJAR

Setiap hasil pelajar yang terpilih akan dipamerkan didalam galeri jurusan. Terdapat pelbagai produk yang berkaitan dengan penghasilan perabut rotan, anyaman bakul dan juga produk-produk gabungan baru yang direka oleh para pelajar. Setiap produk akan disusunatur mengikut kesesuaian set yang dihasilkan oleh para pelajar. Galeri ini juga berfungsi sebagai rujukan bagi para pelajar-pelajar jurusan dan juga pameran bagi rombongan lawatan pihak luar seperti dari institusi pengajian tinggi atau sekolah-sekolah.

rotanrotanrotan
rotanrotanrotan

 

 

PERSEKITARAN MENARIK

Persekitaran yang menarik dan penuh ketenangan dapat dilihat dari segi pemandangan yang menghadap Bukit Takun dan kawasan dibengkel membolehkan para pelajar-pelajar mencari inspirasi dan mengembangkan idea untuk membuat sesuatu projek yang diarahkan.

 

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BARU YANG DISEDIAKAN

    • Spray booth – Digunakan untuk proses kerja-kerja kemasan pada produk yang telah dihasilkan oleh para pelajar. Selain itu tujuan penggunaan spray booth adalah untuk memerangkap lebihan-lebihan bahan kimia daripada mencemarkan udara. Spray booth ini ditempatkan di dalam bilik kemasan yang berada bersebelahan dengan bengkel perabut.

 

  • Digital steamer – Mesin ini digunakan bagi melembutkan rotan bagi memudahkan pelajar dalam melakukan pembengkokkan rotan bersaiz besar mengikut jig ataupun acuan. Digital steamer ini akan dapat menjimatkan masa pelajar untuk menghasilkan produk-produk yang berkaitan dengan pembuatan perabut rotan. Digital steamer ini ditempatkan diluar bengkel rotan bagi mengurangkan penggunaan didalam bengkel dan memudahkan proses untuk memasukkan rotan serta mengalirkan lebihan air setelah selesai menggunakan mesin digital steamer.

 

AKTIVITI LUAR

Selain dari mengajar didalan Institut Kraf Negara ( IKN) , tenaga pengajar Fakulti Senikraf Rotan & Buluh juga dipangil oleh institusi-institusi pengajian tinggi supaya mengajar dan membuat demo tentang asas serta teknik-teknik anyaman. Baru-baru ini seramai 4 orang tenaga pengajar telah terlibat dalam program yang dianjurkan oleh Fakulti Seni, Universiti Malaya bagi projek major pelajar-pelajar semester 02 Fakulti tersebut dan seramai orang pelajar yang mengikuti program ini..