Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Seni Kraf Logam

Objektif

Mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf logam bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang professional dalam industri kraf.

 

Direktori

Nama Gelaran Bidang Kepakaran

Yazid Bin Parlan

Ketua Jurusan / Pensyarah

Rekaan Industri

Che Abdul Malek bin Awang

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Kraf Logam

Mohd Riduan bin Ahmad Moktar

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Kraf Logam

Amirul Naim Ahmad Faizal

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Kraf Logam

Mohd Zaimi bin Osman

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Kraf Logam

Mohd Noor Irdzany bin Noh

Pembantu Pensyarah (Rekaan)

Pembuatan Kraf Logam

Mohd Sazali bin Mohd Yusop

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Kraf Logam

 

 

Maklumat Akademik & Kemahiran Kraf

Ketua Akademik

Unit Akademik & Kemahiran Kraf

Institut Kraf Negara

No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang

Taman Rekreasi Templer

48000 Rawang

Selangor

(u.p. : Jurusan Seni Kraf Logam)

 

No. Telefon *

03 – 6091 5322

 

No. Faksimili

03 – 6092 6072

 

Emel Rasmi Akademik & Kemahiran Kraf
[email protected]

Jurusan Seni Kraf Logam menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Logam bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :

Program Sijil Seni Kraf Logam (SK 103)

Program Diploma Seni Kraf Logam (DK 103)

 

PROGRAM SIJIL SENI KRAF LOGAM (SK103)

PROGRAM SIJIL SENI KRAF LOGAM (SK103)

 

SINOPSIS

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Logam bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf Logam melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

• Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Logam.

• Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Logam.

• Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.

• Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.

• Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Logam, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf Logam : 65 jam kredit

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Asas Seni, Asas Lukisan, Teknik Kraf Logam I dan Rekaan Kraf Logam I.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Teknik Kraf Logam II, Rekaan Kraf Logam II dan Keusahawanan I.

TAHUN 2

Semester III : Keusahawanan II, Latihan Industri, Teknik Kraf Logam III, Rekaan Logam III, Teknologi Bahan, Lukisan Teknikal dan Asas Komputer.

Semester IV : Aplikasi Rekaan Logam, Teknik & Proses, Projek Akhir dan Aplikasi Komputer.

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF LOGAM (SK103)

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF LOGAM (DK103)

 

SINOPSIS

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf Logam tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

• Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Logam.

• Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Logam.

• Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.

• Kebolehan mengaplikasikan kemahiran pembuatan kraf logam bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.

• Kebolehan pendokumenan dan menjalankan penyelidikan.

• Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf Logam dengan bantuan ICT.

• Kebolehan mengaplikasikan kajian yang kreatif, berinovatif, berdaya saing serta dapat menghasilkan produk seni kraf Logam secara tradisional dan kontemporari .

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Logam, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma Seni Kraf Logam : 90 jam kredit

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Fundamental Kraf, Asas Seni, Asas Lukisan dan Sejarah Seni Kraf Tradisional.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Kraf: Bahan & Proses, Lukisan, Sejarah Seni Kraf Kontemporari dan Pemikiran Kreatif.

TAHUN 2

Semester III : Bahasa Inggeris III, Pendidikan Islam III, Tamadun Islam III, Teknologi Bahan, Kraf: Teknik & Aplikasi I, Rekaan Logam I, Asas Komputer dan Lukisan Teknikal.

Semester IV : Keusahawanan, Teknologi Proses Logam, Kraf: Teknik & Aplikasi II, Rekaan Logam II, Aplikasi Komputer dan Elektif.

TAHUN 3

Semester V : Latihan Industri, Kraf: Teknik & Aplikasi III, Rekaan Logam III dan Peragaan Visual.

Semester VI : Projek Minor, Projek Diploma dan Penulisan Laporan.

Maklumat berkaitan kemudahan pengajaran & pembelajaran yang terdapat di Fakulti Seni kraf Logam.

 

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada para pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Senikraf Logam. Setiap tenaga pengajar mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan pelajar mendapat ilmu dan pengetahuan yang sekata serta mencukupi pada tahap kemahiran yang diperlukan.

logam logam logam

 

 

 

BENGKEL

Ruang bengkel yang luas dan selamat serta meja tukang yang mencukupi bagi para pelajar Fakulti Senikraf Logam selesa dalam menghasilkan produk mereka.

logam logam logam

 

 

 

STUDIO

Di Fakulti Senikraf Logam juga terdapat bilik studio yang dilengkapi penghawa dingin, komputer dan projektor yang telah disediakan kepada para pelajar dalam sesi pembelajaran, perbincangan, kelas teori serta kelas rekaan. Kemudahan Wifi juga disediakan bagi memudahkan pelajar melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan bahan-bahan kajian. Studio ini juga digunakan untuk para pelajar menyiapkan laporan serta folio bagi produk yang dihasilkan.

logam logam logam

 

 

 

BENGKEL JENTERA DAN MESIN

Di bengkel Fakulti Senikraf Logam juga menyediakan pelbagai jenis kemudahan mesin jentera yang lengkap untuk kegunaan para pelajar.

logam logam logam

 

 

 

PERALATAN KECIL DAN MESIN RINGAN

Pelajar juga disediakan dengan pelbagai jenis peralatan dan mesin ringan untuk kegunaan dalam bengkel.

logam

logam

logam

logamlogamlogam

 

 

 

PERSEKITARAN MENARIK

Persekitaran yang menarik dan penuh ketenangan di sekitar bengkel menjadi tempat para pelajar berehat serta berbincang untuk mencari inspirasi dan mengembangkan idea.

logam logam logam