Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Seni Kraf Seramik

Objektif

Mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf Seramik bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang professional dalam industri kraf.

 

Direktori

Nama Gelaran Bidang Kepakaran

Mohd Nursalman Bin Shahbudin

Ketua Jurusan / Pensyarah

Rekaan Industri

Siti Haniza binti Abd Gani

Penolong Pensyarah (Rekaan)

Rekaan Industri

Mohd Hawari bin Saad

Penolong Pensyarah (Rekaan)

Pembuatan Seramik

Ghazali bin Mustapa

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Seramik

Zunita Binti Abu Hashim

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Seramik

Mohamad Azhar bin Ismail

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Seramik

Norsiah binti Mohamed Noor

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Seramik

Azri Hafizee bin Hariri

Pembantu Pensyarah (Teknikal)

Pembuatan Seramik

Mohd Zamzuri Bin Mohasir Pembantu Pensyarah (Teknikal) Pembuatan Seramik

 

 

Maklumat Akademik & Kemahiran Kraf

Ketua Akademik

Unit Akademik & Kemahiran Kraf

Institut Kraf Negara

No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang

Taman Rekreasi Templer

48000 Rawang

Selangor

(u.p. : Jurusan Seni Kraf Seramik)

 

No. Telefon *

03 – 6091 5322

 

No. Faksimili

03 – 6092 6072

 

Emel Rasmi Akademik & Kemahiran Kraf

[email protected]

Jurusan Seni Kraf Seramik menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Seramik bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :

 

PROGRAM SIJIL SENI KRAF SERAMIK (SK104)

PROGRAM SIJIL SENI KRAF SERAMIK (SK104)

 

SINOPSIS

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf Seramik bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf.  Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf Seramik melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

  • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Seramik.
  • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Seramik.
  • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
  • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran mengukir bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
  • Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

 

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Seramik, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA  tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat  Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

 

Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf Seramik :   65 jam kredit

 

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Asas Seni, Asas Lukisan, Teknik Kraf Seramik I dan Rekaan Kraf Seramik I.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Teknik Kraf Seramik II, Rekaan Kraf Seramik II, Keusahawanan I dan Hiasan Permukaan.

TAHUN 2

Semester III : Keusahawanan II, Latihan Industri, Teknik Kraf Seramik III, Rekaan Seramik III, Teknologi Bahan, Lukisan Teknikal dan Asas Komputer.

Semester IV : Aplikasi Rekaan Seramik,   Projek Akhir dan Aplikasi Komputer.

 

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF SERAMIK (DK104)

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF SERAMIK (DK104)

 

SINOPSIS

Program ini  bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual di samping berkemahiran tinggi. Kemahiran pemikiran profesional bukan sahaja dari segi kemahiran kraf Seramik tetapi juga dari aspek pengolahan teknik, rekaan cita rasa semasa serta berupaya membuat kajian & penyelidikan dan inovasi baru.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

  • Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf Seramik.
  • Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf Seramik.
  • Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.
  • Kebolehan mengaplikasikan kemahiran pembuatan kraf Seramik bagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.
  • Kebolehan pendokumenan dan menjalankan penyelidikan.
  • Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf Seramik dengan bantuan ICT.
  • Kebolehan mengaplikasikan kajian yang kreatif, berinovatif,  berdaya saing serta dapat menghasilkan produk seni kraf Seramik secara tradisional dan  kontemporari .

 

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Seramik, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Penolong Pensyarah, Penyelia Pengeluaran Kanan, Pengajar Kraf,  Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Penyelidik  serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA  tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

 

Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma Seni Kraf Seramik :  90 jam kredit

 

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Fundamental Kraf, Asas Seni, Asas Lukisan dan Sejarah Seni Kraf Tradisional.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Kraf: Bahan & Proses, Lukisan, Sejarah Seni Kraf Kontemporari dan Pemikiran Kreatif.

TAHUN 2

Semester III : Bahasa Inggeris III, Pendidikan Islam III, Tamadun Islam III, Teknologi Seramik, Kraf: Teknik & Aplikasi I, Rekaan Seramik I,  Asas Komputer dan Lukisan Teknikal.

Semester IV : Keusahawanan, Teknologi Pembakaran, Kraf: Teknik & Aplikasi II, Rekaan Seramik II, Aplikasi Komputer dan Elektif.

TAHUN 3

Semester V : Latihan Industri, Kraf: Teknik & Aplikasi III, Rekaan Seramik III dan Peragaan Visual.

Semester VI : Projek Minor, Projek Diploma dan Penulisan Laporan.

Maklumat berkaitan Kemudahan dan Pengajaran yang terdapat di Fakulti Seni Kraf Seramik.

 

TENAGA PENGAJAR

Pelajar-pelajar di fakulti Seni Reka Seramik dididik oleh tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang seramik. Setiap tenaga pengajar mempunyai abiliti khusus bagi menjalankan tugas sebagai pendidik. Pelajar-pelajar akan diberi pendedahan awal tentang seni kraf warisan seramik serta berkeupayaan dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan berkebolehan dalam pengendalian peralatan dan mesin.

 

seramikseramikseramik

Sebahagian daripada tenaga pengajar memberi tunjuk ajar di dalam bengkel.

 

 

BENGKEL BUATAN ACUAN

Bengkel Fakulti Seni Kraf Seramik ditempatkan di aras bawah dan di bahagikan kepada tiga bahagian. Bengkel buatan acuan dilengkapi dengan enam unit mesin ‘lathe’ vertical dan satu unit mesin ‘lathe’ harizontal, satu unit mesin ‘gypsum vacuum agitator’ dan tiga unit mesin ‘blunger’ untuk bancuhan ‘slip’. Peralatan yang terkini ialah mesin ‘pressure casting’ berfungsi untuk menghasilkan produk ‘flatware’ sebagai contoh produk pinggan dan jubin.

seramik seramik seramik
Ruang bengkel teknik pembuatan produk acuan di Fakulti Seramik

 

seramik seramik
Mesin ‘lathe‘ Mesin ‘pressure casting’
seramik seramik
Mesin ‘gypsum vacuum agigator’ Mesin ‘blunger’