Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Seni Kraf Batik

Objektif

Mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf batik bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang professional dalam industri kraf.

 

Direktori

Nama Gelaran Bidang Kepakaran
Zurainah binti Umor
Ketua Jurusan / Pensyarah
Rekaan Batik
Zalaini bin Kassim
Pembantu Makmal
Pewarnaan Tekstil
Mohd Sakri bin Ismail
Penolong Pensyarah (Teknikal)
Batik Canting
Kamariah binti Abdullah
Penolong Pensyarah (Teknikal)
Batik Canting
Mohd Shahrizan bin Tarmizi
Penolong Pensyarah (Teknikal)
Batik Canting
Normaziah binti Kamaruzaman
Pembantu Pensyarah (Teknikal)
Batik Canting
Noor Azizah binti Zainal Abidin
Pembantu Pensyarah (Teknikal)
Batik Canting
Nora binti Ali
Pembantu Pensyarah (Teknikal)
Batik Canting
Rozi bin Muhammad Noor
Pembantu Pensyarah (Teknikal)
Batik Blok
Mohamad Helmi bin Shoib
Pembantu Pensyarah (Teknikal)
Batik Canting
Shamsuldhuha binti Mustaffa
Pembantu Pensyarah (Teknikal)
Batik Canting
Norshela Emyza Binti Ahmad Baharuddin Pembantu Pensyarah
(Teknikal)
Batik Canting

 

Maklumat Akademik & Kemahiran Kraf

Ketua Akademik
Unit Akademik & Kemahiran Kraf
Institut Kraf Negara
No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang
Taman Rekreasi Templer
48000 Rawang
Selangor
(u.p. : Jurusan Seni Kraf Batik)

 

No. Telefon *

03 – 6091 5322

 

No. Faksimili

03 – 6092 6072

 

Emel Rasmi Akademik & Kemahiran Kraf

[email protected]

Jurusan Seni Kraf Batik menawarkan program-program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf batik bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini dijalankan dalam dua pengtahapan iaitu :

Program Sijil Seni Kraf Batik (SK 100)

Program Diploma Seni Kraf Batik (DK 100)
PROGRAM SIJIL SENI KRAF BATIK (SK100

PROGRAM SIJIL SENI KRAF BATIK (SK100)

 

 

SINOPSIS

Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berkemahiran tinggi dalam bidang seni kraf batik bagi pembekalan tenaga kerja dalam industri kraf. Para pelajar akan diberi kemahiran dan kreativiti dalam aspek pembuatan kraf batik melalui latihan atau projek seperti mana yang ditetapkan dalam kurikulum.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

• Memperoleh kemahiran dalam proses penghasilan seni kraf batik.

• Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf batik.

• Kebolehan mencari peluang pasaran melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan.

• Kebolehan mengaplikasikan kemahiran membatikbagi kegunaan yang lebih praktikal dan kreatif mengikut fungsi dan keperluan.

• Kebolehan mendokumen dan menjalankan penyelidikan.

 

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Batik, Pembantu Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Pembantu Muzium, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan, Pembantu Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Makmal, Pembantu Penyelidik serta sebagai setaraf dengan Sijil dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Seni Kraf di IKN serta IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Tempoh Pengajian : 4 semester (2 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf Batik : 65 jam kredit

 

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Asas Seni, Asas Lukisan, Teknik Kraf Batik I dan Rekaan Kraf Batik I.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Lukisan, Teknik Kraf Batik II, Rekaan Kraf Batik II dan Keusahawanan I.

TAHUN 2

Semester III : Keusahawanan II, Latihan Industri, Lukisan Batik, Teknik Kraf Batik III, Rekaan Batik III, Teknologi Tekstil dan Asas Komputer.

Semester IV : Aplikasi Rekaan Batik, Projek Akhir dan Aplikasi Komputer.

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF BATIK (DK100)

PROGRAM DIPLOMA SENI KRAF BATIK (DK100)

 

SINOPSIS

Program ini  bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual kepada para graduan. Kemahiran pemikiran intelektual bukan sahaja dari segi kemahiran kraf batik tetapi juga dari aspek pembuatan mengikut teknik dan cita rasa semasa mengikut keperluan industri.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Program ini :

•    Kebolehan mereka cipta reka corak seni kraf batik.

•    Kebolehan mencari peluang dari sumber budaya tempatan sebagai aktiviti-aktiviti keusahawanan.

•    Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi kegunaan yang lebih praktikal, kreatif dan berdaya saing.

•    Kebolehan mereka bentuk seni kraf batik dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.

•    Kebolehan mereka bentuk dan mereka cipta corak seni kraf batik dengan
bantuan ICT.

•    Kebolehan mengaplikasikan kajian yang berinovatif, kreatif, berdaya usaha
serta dapat menghasilkan produk seni kraf batik kontemporari .

 

PELUANG KERJAYA

Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Batik, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf,  Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan  serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Tempoh Pengajian : 6 semester (3 tahun)

Jumlah kredit untuk penganugerahan Diploma Seni Kraf Batik :  90 jam kredit

 

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS

TAHUN 1

Semester I : Bahasa Inggeris I, Pendidikan Islam I, Tamadun Islam I, SISPA, Kokurikulum I, Fundamental Kraf, Asas Seni, Asas Lukisan dan Sejarah Seni Kraf Tradisional.

Semester II : Bahasa Inggeris II, Pendidikan Islam II, Tamadun Islam II, Kokurikulum II, Kraf: Bahan & Proses, Lukisan, Sejarah Seni Kraf Kontemporari dan Pemikiran Kreatif.

TAHUN 2

Semester III : Bahasa Inggeris III, Pendidikan Islam III, Tamadun Islam III, Lukisan Batik, Kraf: Teknik & Aplikasi I, Rekaan Batik I dan Asas Komputer.

Semester IV : Keusahawanan, Teknologi Tekstil, Kraf: Teknik & Aplikasi II, Rekaan Batik II, Aplikasi Komputer dan Elektif.

TAHUN 3

Semester V : Latihan Industri, Kraf: Teknik & Aplikasi III, Rekaan Batik Komersial dan Projek Minor.

Semester VI : Peragaan Visual, Projek Diploma dan Penulisan Laporan.

 

 

Jurusan Seni Kraf Batik di Institut Kraf Negara mempunyai 12 orang kakitangan yang berjawatan sebagai Pereka/Pensyarah, Pengajar Kraf dan Pembantu Makmal Kanan. Semua kakitangan ini terlibat mengajar secara langsung dan tidak langsung berkaitan pembelajaran iaitu pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang batik. Kebanyakkan tenaga pengajar ini memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi di dalam bidang-bidang yang berkaitan.

 

Bengkel Jurusan Seni Kraf Batik

Jurusan Seni Kraf Batik mempunyai jumlah pelajar paling ramai pada tiap-tiap semester , di atas dasar inilah bengkel yang diperuntukkan agak besar dengan jumlah bangunan bengkel sebanyak 5 unit, 1 bengkel tambahan, 1 bengkel kemasan, 1 makmal pewarnaan dan terkini 1 unit bangunan 4 tingkat yang dijangka siap pada Oktober 2010.

 

bengkel jurusan seni kraf batik bengkel jurusan seni kraf batik
bengkel jurusan seni kraf batik bengkel jurusan seni kraf batik bengkel jurusan seni kraf batik

Bengkel Batik Lukis

 

bengkel batik lukis bengkel batik lukis bengkel batik lukis

Bengkel Batik Terap

 

Studio Jurusan Seni Kraf Batik

Jurusan Seni Kraf Batik mempunyai 2 studio yang didekorasikan dalam suasana yang indah untuk memberi ruang yang selesa serta inspirasi cetusan idea kepada pelajar untuk mengilhamkan karya-karya yang indah. Studio digunakan bagi tujuan syarahan, lakaran dan rekaan bersumberkan alam dan sebagainya.

Studio Jurusan Seni Kraf Batik Studio Jurusan Seni Kraf Batik

 

 

Kemudahan Tempat, Bahan dan Peralatan membatik di Jurusan Seni Kraf Batik

Kemudahan tempat belajar seperti makmal pewarnaan, set dapur melilin, set pemidang, set troli pewarnaan dan dapur serta kelengkapan kawasan kemasan produk yang moden memberi ruang kepada pelajar untuk belajar dan melakukan aktiviti di dalam suasana yang tenang.

Makmal Bahan Pewarna Set Dapur Melilin Set Pemidang Batik

 

bengkel kemasan produk batik bengkel kemasan produk batik bengkel kemasan produk batik bengkel kemasan produk batik
Bengkel Kemasan Produk Batik

 

Kemudahan Mesin Teknologi di Jurusan Seni Kraf Batik

Kemudahan teknologi dan mesin di dalam proses membatik juga disediakan bagi memberi pendedahan teknologi kepada pelajar. Perkakasan yang disediakan seperti Digital Printing machine, T-shirt Printing Machine dan Grinder Machine, proses penyediaan bahan untuk pewarnaan alam.

set komputer digital printing machine

Set Komputer dan Digital Printing Machine

grinder machine

Grinder Machine

 

 

Produk Hasilan Pelajar di Jurusan Seni Kraf Batik

Para pelajar akan didedahkan kepada proses rekaan untuk menghasilkan produk berasaskan batik. Hasilan batik bagi pelajar tahun akhir perlu direka sehingga siap ( finish product ) untuk diperagakan dan dinilai. Pelajar juga dibimbing supaya terlibat di dalam pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan Batik Piala Seri Endon, Pertandingan Kemahiran Malaysia dan Pertandingan Myskills.

produk hasilan pelajar produk hasilan pelajar produk hasilan pelajar produk hasilan pelajar

 

produk hasilan pelajar produk hasilan pelajar produk hasilan pelajar