Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Soalan Lazim

Berapa kali pengambilan dalam setahun?

Sekali setahun iaitu pada Sesi Jun atau Julai.

Adakah IKN menawarkan kursus kraf “cold clay pocelain”?

Buat masa sekarang kursus "cold clay porcelain" belum lagi ditawarkan di Institut Kraf Negara (IKN).

Apakah mata pelajaran akademik yang diajar di Institut Kraf Negara?

Kurikulum pengajian dibentuk bagi memastikan ia mengandungi berbagai disiplin dalam bidang kraf. Kandungan kurikulum terbahagi kepada Kursus Wajib IKN dan Kursus Wajib Jurusan yang merangkumi aspek kemahiran, akademik dan latihan industri.Kursus Wajib IKN ialah 1.Bahasa Inggeris 2.Keusahawanan 3.Pendidikan Islam 4.KoKurikulum. Kursus Wajib Jurusan: 1.Kursus aspek Kemahiran 2.Kursus aspek Akademik. Contohnya, Kursus Asas Seni, Sejarah Seni,Sejarah Seni Kraf

Apakah kerjaya yang boleh saya mohon melalui SPA iaitu selepas IKN telah diiktiraf ?

Jawatan yang boleh dipohon melalui SPA adalah seperti berikut:- 1) Penolong Kurator – Gred S27 2)Penolong Pegawai Arkib – Gred S27 3) Penolong Pegawai Belia dan Sukan – Gred S27 4) Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi – Gred E27 5) Penolong Pegawai Latihan – Gred E27 6) Penolong Pegawai Penerangan – S27 7) Penolong Pengurus Asrama – N27

Di dapati semua kursus di IKN telah diiktiraf, tetapi mengapa Sijil dan Diploma Rotan tidak termasuk di dalam pengiktirafan tersebut,sedangkan syarat kemasukan adalah sama dengan kursus lain?

Untuk makluman, proses pengiktirafan Sijil dan Diploma Rotan masih dalam penangguhan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam

Saya amat berminat dlm bidang Seni Kraf Seramik .Adakah IKN menyediakan Kursus Pembuatan Seramik secara sambilan?

Pihak IKN masih belum membuat tawaran secara sambilan ketika ini, hanya kursus sepenuh masa sahaja ditawarkan. Terima kasih kerana anda berminat untuk belajar di IKN dalam kursus seramik.

Boleh atau tidak Bilik Theatretrette disewa oleh orang luar pada hujung minggu untuk sesuatu event?

Tuan/Puan bleh menyewa Bilik Theatretrette kami pada hujung minggu. Untuk maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi terus ke alamat seperti berikut: Institut Kraf Negara No.1, Km 20, Jalan Ipoh Rawang, Taman Rekreasi Templer 48000 Rawang Selangor (U.P. Encik Abu Bakar Ali) Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Tel: 03-60915322 (Ext:109)

Bila boleh memohon?

Bermula dari iklan disiarkan di akhbar iaitu dalam bulan Mac dan April setiap tahun.

Apakah jenis program pengajian yang ditawarkan?

Program Diploma Seni Kraf dan Sijil Seni Kraf.

Apakah jenis kursus pengajian yang ditawarkan?

Diploma & Sijil Seni Kraf Batik, Diploma & Sijil Seni Kraf Tenunan, Diploma & Sijil Seni Kraf Kayu, Diploma & Sijil Seni Kraf Logam, Diploma & Sijil Seni Kraf Seramik dan Diploma & Sijil Seni Kraf Rotan

Jangkamasa kursus?

Program Diploma - 3 Tahun ( 6 semester) dan Program Sijil - 2 Tahun (4 semester)

Apakah visi, misi dan objektif Perpustakaan IKN?

Visi : Menjadi pusat rujukan maklumat kraf yang bertaraf dunia berkonsepkan pengurusan ilmu. Misi : Menyediakan sumber, kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang berkesan, melalui aplikasi teknologi terkini secara kreatif dan inovatif dalam menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran, dan penyelidikan perundingan di IKN dan Kraftangan Malaysia. Objektif: a) Membangunkan koleksi perpustakaan yang berkualiti dan terkini, bagi memenuhi keperluan pengajian, pembelajaran dan penyelidikan. b) Merancang dan menyediakan perkhidmatan maklumat yang lengkap, terkini dan berkesan dalam suasana yang kondusif. c) Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan teknologi maklumat dalam pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan. d) Membina Perpustakaan IKN sebagai pusat rujukan maklumat kraf yang mapan dan terkehadapan dalam pendokumentasian dan penyebaran maklumat.

Bagaimanakah hendak memohon untuk menjadi ahli perpustakaan?

Anda hanya perlu mengisi borang keahlian yang boleh didapati di kaunter perpustakaan atau muat turun di menu Muat Turun.

Saya adalah kakitangan anak syarikat Kraftangan Malaysia. Bolehkah saya memohon menjadi ahli perpustakaan?

Ya, anda boleh memohon menjadi ahli perpustakaan. Keahlian terbuka kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia, anak syarikat Kraftangan Malaysia dan Pelajar IKN. Walaubagaimanapun pengguna luar hanya dibenar membuat rujukan sahaja.

Adakah bayaran dikenakan untuk menjadi ahli perpustakaan IKN?

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menjadi ahli perpustakaan IKN

Apakah perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan?

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan adalah seperti perkhidmatan pinjaman, rujukan, internet, salinan fotokopi, pencetakkan laser, pengimbas (scan) dan sebagainya.

Saya ingin bertanya apakah pelajar lepasan O-level tanpa Bahasa Melayu boleh memohon untuk masuk ke institut ini?

Tidak boleh kerana syarat am untuk permohonan kemasukan ke IKN adalah seperti berikut : a) Syarat Kemasukan Program Pengajian Sijil 1.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPVM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Pendidikan Seni dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia serta dua (02) mata pelajaran lain. Dan; 2.Lulus temuduga b) Syarat Kemasukan Program Pengajian Diploma 1.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Seni dan tiga (3) mata pelajaran lain. Atau; 2.Memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 03. Dan; 3.Lulus temuduga

Bilakah tarikh semakan pengambilan pelajar jun 2011?

Tarikh Pengambilan Pelajar boleh disemak pada awal Jun 2011 sehingga 20 Jun 2011. Untuk pertanyaan sila hubungi: Unit Hal Ehwal Pelajar Institut Kraf Negara No. 1, Km 20, Jalan Ipoh Rawang Taman Rekreasi Templer 48000 Rawang Selangor (U.P. Puan Mariam Binti Abdullah) Tel: 03-60915322

Bagaimanakah cara hendak menyemak keputusan panggilan temuduga jikalau tiada nombor rujukan?

Sekiranya pihak Cik/Puan terlupa no rujukan, Cik/Puan boleh bagi no ic pada Unit HEP IKN dan Unit HEP IKN akan semak secara manual. Ataupun pihak Cik/Puan boleh terus hubungi: Unit Hal Ehwal Pelajar Institut Kraf Negara No. 1, Km 20, Jalan Ipoh Rawang Taman Rekreasi Templer 48000 Rawang Selangor (U.P. Puan Mariam Binti Abdullah) Tel: 03-60915322

Adakah saya boleh membeli Ball Clay di IKN untuk digunakan dalam aktiviti Clay terapi?

Maaf kami tidak boleh menjual atau membekal semua jenis bahan mentah. Walau bagaimanpun puan boleh mendapatkan bekalan bahan mentah tersebut melalui pembekal seperti Encik Cheah Yeaw Leng bernombor telefon 0178812265.

Apakah syarat-syarat kemasukan, had umur dan syarat akademik?

Syarat Kemasukan Program Pengajian Diploma: 1) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SijilPelajaan Malaysia Vokasional (SPMV) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Seni dan tiga (3) mata pelajaran lain. atau; 2) Memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 03. 3) Mempunyai Sijil Kemahiran Kraf Institut Kraf Negara dengan memperolehi sekurang-kurangnya HPNG 3.00. dan; 4) Warganegara Malaysia 5) Berumur 18 hingga 25 tahun 6) Lulus temuduga, serta 7) Mempunyai minat dalam bidang kraf 8) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan mendapat kredit dalam mata pelajaran Pendidikan Seni serta lulus Bahasa Melayu dan dua (2) mata pelajaran lain. 9) Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kraf. SYARAT KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN SIJIL 1) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Pendidikan Seni dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia serta dua (2) mata pelajaran lain. dan; 2) Warganegara Malaysia 3) Berumur 18 hingga 25 tahun 4) Lulus temuduga, serta 5) Mempunyai minat dalam bidang kraf.

Dimanakah saya boleh dapat bahan serta latihan atau kursus dalam pembuatan batik canting di Sandakan?

Puan bolehlah mendapatkan keterangan lanjut seperti berikut: PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA Cawangan Sabah Blok A, Lot 182, Lorong Buah Salak Hiong Tiong Industri Centre KLm 11.2, Jalan Tuaran Inanam 88450 Kota Kinabalu Sabah Tel: 088-433461

Saya ingin bertanya pertama tentang kursus dan pembayaran masuk serta lama kursus dijalankan?

Pembayaran pendaftaran pertama sahaja dikenakan sebanyak (RM100.00) 1. Kursus Sijil (2 tahun) 2. Kursus Diploma (3 tahun) Puan boleh melayari website kami seperti berikut: www.ikn.gov.my

Dimanakah saya boleh membeli peralatan membuat batik seperti canting, serbuk warna, lilin dan juga sodium.Bolehkah saya mendapatkan senarai pembekal di Negeri Kedah.

Cik Puan boleh membeli peralatan membuat batik bagi pembekal di negeri Kedah seperti berikut. AR ALATAN SAINS SDN. BHD. 969, Bangunan PERUDA B, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Tel, 04 7311353

saya berumur 36 tahun dan sangat berminat utk membuat batik sbg perniagaan saya. sekiranya saya membuat permohonan,adakah masih boleh dipertimbangkan?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Encik boleh memohon untuk kemasukan ke IKN di alamat url seperti berikut : http://58.26.125.253/application/index.asp Urusan kemasukan permohonan Encik nanti akan dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

saya ingin bertanya, saya lepasan diploma dalam bidang seni lukis dan seni reka, untuk ke ijazah, bolehkah saya memohon di institut kraf negara? bagai mana untuk saya memohon ? dari institut kraf negara, bidang manakah yang layak atau bole saya ceburi ?

Untuk makluman, Institut Kraf Negara hanya menawarkan program sijil dan diploma sahaja. Terdapat enam (6) Jurusan yang terdapat di IKN iaitu : a) Jurusan Seni Kraf Batik b) Jurusan Seni Kraf Tenunan c) Jurusan Seni Kraf Kayu d) Jurusan Seni Kraf Seramik e) Jurusan Seni Kraf Rotan f) Jurusan Seni Kraf Logam Sekiranya anda berminat, boleh layari portal IKN di alamat www.ikn.gov.my atau hubungi pihak HEP ditalian 0360915322 untuk pertanyaan lanjut.

adakah pelajar di Institut Kraf Negara perlu membuat pinjaman PTPTN ?

Untuk makluman, pelajar di Institut Kraf Negara(IKN) tidak perlu membuat pinjaman PTPTN atau mana-mana institusi pinjaman kerana pihak kami tidak mengenakan sebarang bayaran yuran sepanjang proses pengajian di sini. Pembayaran RM 100 sahaja perlu di bayar semasa sesi pendaftaran dijalankan sepanjang temph pengajian.

Assalamualaikum, Saya pelajar lepasan SPM…saya telah mengisi borang kemasukan pelajar dan ingin mengambil Diploma tetapi saya tiada sijil Kemahiran berikut …..adakah saya diterima atau ditolak permohonan oleh institut kraf negara ini?

Waalaikumsalam, Untuk makluman, setiap permohonan akan diproses mengikut kelayakan akademik iaitu : Program Diploma - Kepujian dalam BM, PSV dan 3 matapelajaran lain Program Sijil - Kepujian dalam PSV, lulus BM dan 2 mata pelajaran lain.

Assalamualikum, saya pelajar lepasan SPM yang amat meminati bidang kraf tetapi kemahiran saya dalam bidang kraf kurang mahir …. adakah saya diterima oleh institut kraf negara? adakah institut kraf mengajar pelajar terlebih dahulu semasa tempoh pelajaran di sana?

Waalaikumsalam, Cik tak perlu risau, pihak IKN akan mengajar asas motif dan teknik mengikut jurusan kraf yang dipilih.

sekiranya adik saya tidak mengambil subjek seni sewaktu SPM.. adakah dia boleh memohon sbg pelajar di IKN??

boleh memohon.

Apakah skop pembelajaran liberal ?

Skop yang terkandung di dalam Pengajian Liberal adalah melibatkan subjek Keusahawanan, Tamadun Islam, Bahasa Inggeris, Sejarah Kraf dan Pemikiran Kreatif.

assalamualaikum dan salam sejahtera. saya merupakan seorang guru pendidikan khas dan berumur 33 tahun. saya amat berminat untuk mempelajari bidang seni kraf ini, tetapi di dalam masa yang sama saya sedang menyambung pengajian. saya amat tertarik dengan bidang-bidang yang ditawarkan tetapi mempunyai kekangan masa . guru-guru pendidikan khas sekolah saya juga amat meminati kursus-kursus seperti ini sekiranya diadakan.kami juga berharap dapat mengadakan program seperti bengkel mencanting batik untuk guru-guru dan juga murid-murid pendidikan khas saya . sekiranya boleh dianjurkan. boleh lah berhubung menerusi alamat guru besar, sk datuk akhir zaman, 71200 rantau, seremban, negeri sembilan

Waalaikumsalam dan Salam 1 Malaysia, Institut Kraf Negara menjalankan program sijil dan diploma secara formal yang perlu diikuti sepenuh masa isitu 2 tahun untuk sijil dan 3 tahun untuk diploma. Walau bagaimanapun program sebagaimana yang diminta boleh dipohon terus kepada Bahagian Pemuliharaan , Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di talian 0321627459 / 0321627533. Sekian, terima kasih.

asssalmualaikum, bila tarikh kita tahu permohonan kita itu diterima? adakah dihantar melalui emel atau ditulis di portal rasmi?

Waalaikumsalam, Untuk makluman, sekiranya pihak cik/saudari memohon secara atas talian, keputusan permohonan boleh disemak melalui atas talian, sms dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak IKN. Pengumuman tarikh semakan akan dimasukkan di Portal Institut Kraf negara. Manakala, sekiranya pihak cik/saudari memohon secara manual (borang), pihak IKN akan menghantar pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran (sekiranya berjaya). Harap maklum.

saya berumur 43 tahun tetapi berminat dalam seni ukiran kayu. adakah saya masih diterima jika memohon.

Encik/cik/saudara/saudari boleh cuba memohon kerana kalau mengikut kelayakan permohonan adalah warganegara malaysia yang berumur 18 -25 tahun sahaja. Penerimaan permohonan itu bergantung berdasarkan budi bicara panel penilaian pihak kami, Sekian, harap maklum.

boleh saya tahu,adakah temuduga akan dilakukan selepas 3 jun 2013??

Tarikh temuduga kami akan umumkan di Portal Rasmi Institut Kraf Negara. Pada yang berkelayakan, kami akan menghatar surat rasmi. Anda juga boleh menyemak di Sistem Permohonan Kemasukan ke IKN. Harap maklum.

assalamualikum, saya telah membuat permohonan sebanyak dua kali kerana saya tidak perasan NOMBOR RUJUKAN pada permohonan yg pertama …..adakah ia layak ? Saya memohon kali kedua untuk memastikan yg saya telah memohon ……adakah ia layak juga? saya memohon sebanyak 2 kali sebelum tarikh tutup nya 15 mei

Keputusan akan dimaklumkan melalui surat dan sms

assalamualaikum, saya telah memohon melalui internet..apabila saya print slip permohonan saya baru perasan yang calon dikehendaki menghantar 5 dokumen sebelum tarikh tutup, adakah 5 dokumen itu perlu dibawa semasa temu duga atau 5 dokumen itu perlu dihantar melalui pos???? tetapi saya telah terlepas tarikh permohonan tersebut…..

Waalaikumsalam, Anda dikehendaki menghantar 5 dokumen tersebut dengan kadar segera dengan menggunakan poslaju kepada Institut Kraf Negara selewat-lewatnya sebelum 31 Mei 2013. Harap maklum

assalamualikum, saya telah membuat permohonan sebanyak dua kali kerana saya tidak perasan NOMBOR RUJUKAN pada permohonan yg pertama …..adakah ia layak ? Saya memohon kali kedua untuk memastikan yg saya telah memohon ……adakah ia layak juga? saya memohon sebanyak 2 kali sebelum tarikh tutup nya 15 mei

Keputusan akan dimaklumkan melalui surat dan sms.

assalamualaikum, saya telah memohon melalui internet..apabila saya print slip permohonan saya baru perasan yang calon dikehendaki menghantar 5 dokumen sebelum tarikh tutup, adakah 5 dokumen itu perlu dibawa semasa temu duga atau 5 dokumen itu perlu dihantar melalui pos???? tetapi saya telah terlepas tarikh permohonan tersebut…..

Waalaikumsalam, Anda dikehendaki menghantar 5 dokumen tersebut dengan kadar segera dengan menggunakan poslaju kepada Institut Kraf Negara selewat-lewatnya sebelum 31 Mei 2013. Harap maklum

Assalamualaikum, saya nak tanya bangunan pusat pelajar institut kraf negara tu bertempat di sini ke? Institut Kraf Negara No. 1, Km. 20, Jalan Ipoh – Rawang Taman Rekreasi Templer 48000 Rawang, Selangor

Waalaikumsalam, Untuk makluman, Bangunan Pusat Pelajar adalah merupakan salah satu bangunan di Institut Kraf Negara yang beralamat di : Institut Kraf Negara, No.1, KM.20, Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000, Rawang, Selangor

apa yang akan dilakukan semasa sesi temuduga

Untuk makluman, anda dikehendaki membawa keperluan seperti berikut : 1. My kad 2. Pensil 2B 3. Pen warna biru/hitam 4. Pemadam 5. Sijil @ slip SPM, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil aktiviti kokurikulum dan lain-lain sijil berkaitan. (salinan asal dan photostat yang perlu disahkan)

assalamualaikm..macam mne ye nk semak kemasukan tapi no rujukan sdh hilng..cmne ye nk dpt kn no rujukn

Waalaikumsalam dan Salam 1 Malaysia, Waalaikumsalam dan Salam 1 Malaysia, Untuk makluman, pihak IKN akan menghantar surat rasmi dan sms kepada sema calon yang layak untuk ditemuduga. Anda juga boleh juga menghubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 0360915322 untu keterangan lanjut. Harap maklum.

assalamualaikum, saya sudah membuat permohonan secara online.tetapi semasa saya ingin menyemak permohonan, ia meminta nombor rujukan dan saya terlupa nombor rujukan yang telah diberikan.bagaimana saya ingin menyemak keputusan panggilan temuduga?

Waalaikumsalam dan Salam 1 Malaysia, Untuk makluman, pihak IKN akan menghantar surat rasmi dan sms kepada sema calon yang layak untuk temuduga. Anda boleh juga menghubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 0360915322 untu keterangan lanjut. Harap maklum.

Assalamualaikum…. saya telah mengisi borang atas talian…tetapi saya tidak mendpt apa2 lgi sms atau tawaran… adakah itu bermakna pemohonan saya ditolak?

Waalaikumsalam, Pihak kami akan menghantar sms dan surat panggilan temuduga bagi yang permohonan yang berjaya sahaja.

assalamualaikum…saya ingin bertanya mengenai yuran bayaran kemasukan ke institut kraf negara.

Waalaikumsalam, Untuk makluman, yuran bayaran kemasukan ke IKN adalah sebanyak RM 100 sahaja sepangjang pengajian. Sekian, terima kasih

salam . macam mane saya nak tahu result temuduga ? bila akan keluar , bagi tahun 2013 ?

Untuk makluman pihak cik/puan, keputusan temuduga boleh disemak sekarang di Sistem Kemasukan ke IKN ( http://58.26.125.253/application/index.asp ). Sekiranya pihak cik/puan berjaya ditawarkan kemasukan ke IKN, tarikh akhir terima tawaran adalah pada 27 Jun 2013.

bagaimana untuk menyemak keputusan temuduga sekiranya no rujukan terlupa dan tiada dalam simpanan?

a. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Untuk makluman, pihak IKN akan menghantar surat rasmi dan sms kepada sema calon yang layak untuk temuduga. Anda boleh juga menghubungi Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 0360915322 untu keterangan lanjut. Harap maklum.