Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Permohonan Dan Syarat-Syarat Kemasukan

Institut Kraf Negara (IKN) adalah sebuah institusi yang menawarkan pengajian dalam bidang kraf berteraskan kemahiran. Kandungan kurikulum memberi penekanan kepada aspek kemahiran (70%) dan teori (30%). Setiap pelajar dikehendaki menjalani latihan industri untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran bagi membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan industri kraf pada masa hadapan.

Antara Program yang ditawarkan

Program Diploma – Tiga (3) Tahun

Program Sijil – Dua (2) Tahun

 

Kursus yang ditawarkan:

  • Seni Kraf Batik
  • Seni Kraf Tenunan
  • Seni Kraf Kayu
  • Seni Kraf Logam
  • Seni Kraf Seramik
  • Seni Kraf Rotan

 

Borang Permohonan boleh diperolehi di :-

Institut Kraf Negara
No.1, KM 20 Jalan Ipoh-Rawang
Taman Rekreasi Templer
48000 Rawang
Selangor

Tel : 03-60915322
Faks : 03-60926072

Borang Permohonan juga boleh didapati di pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan menghubungi nombor telefon seperti di bawah :-

Tempat
No. Telefon
1. Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
2. Selangor
3. Kedah (Alor Setar)
4. Kedah (Langkawi)
5. Perlis
6. Perak
7. Melaka
8. Negeri Sembilan (Seremban)
8. Negeri Sembilan (Kuala Pilah)
9. Johor
10. Kelantan
11. Terengganu
12. Pahang (Kuantan)
13. Pahang (Temerloh)
14. Pulau Pinang
15. Sarawak (Kuching)
15. Sarawak (Betong)
16. Sabah (Kota Kinabalu)
16. Sabah (Kota Belud)
Tel: 03-21627459
Tel: 03-55107301 / 03-55198675
Tel: 04-7144103 / 04-7141967
Tel: 04-9591913 / 04-9591844
Tel: 04-9855278
Tel: 05-7576200 / 05-7576201
Tel: 06-5591188
Tel: 06-7671388
Tel: 06-4811058
Tel: 07-2350433 / 07-2350431
Tel: 09-7126266 / 09-7126277
Tel: 09-6171033 / 09-6175081
Tel: 09-5384598 / 09-5385677
Tel: 09-2771271
Tel: 04-3104660
Tel: 082-444205 / 082-441329
Tel: 083-472034
Tel: 088-433461 / 088-423471
Tel:088-977718
Atau
  • Pendaftaran Dalam Talian (Online), sila klik di sini.
  • Muat turun Borang Permohonan, sila klik disini

Perhatian kepada para pemohon. Bagi permohonan secara dalam talian atau “online” calon-calon perlu merujuk terlebih dahulu kepada prosedur permohonan.
Untuk rujukan calon, sila klik Prosedur Permohonan ( pdf, 4.37MB)
Calon diingatkan untuk merujuk dan meneliti kesemua panduan dan prosedur yang disediakan sebelum membuat permohonan untuk mengelakkan sebarang kesilapan.

Syarat Am Kemasukan

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  2. Berumur 18-25 tahun
  3. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kraf

 

Syarat Kemasukan Program Pengajian Sijil

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPVM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Pendidikan Seni dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia serta dua (02) mata pelajaran lain.
    DAN
  2. Lulus temuduga

 

Syarat Kemasukan Program Pengajian Diploma

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Seni dan tiga (3) mata pelajaran lain.
  2. Memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 03.
  3. Lulus temuduga

 

Syarat Kemasukan Program Pengajian Diploma Intermediate (DIPIN)

  1. Mempunyai Sijil Kemahiran Kraf Institut Kraf Negara dengan memperolehi sekurang-kurangnya HPNG 3.00 dan tidak mempunyai rekod tindakan tatatertib.
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau sijil Pelajaran Vokasional(SPMV) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Pendidikan Seni serta lulus Bahasa Malayu dan 2 mata pelajaran lain