Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Pertandingan Mencipta Logo Institut Kraf Negara (IKN)







Pertandingan Mencipta Logo Institut Kraf Negara (IKN)

  |   Pengumuman   |   No comment

 

Syarat-syarat pertandingan.

 

 

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia dan para pelajar IKN sama ada secara individu atau berkumpulan.

 

2. Peserta boleh menghantar tidak lebih daripada tiga (3) penyertaan sahaja.

 

3. Warna pada rekacipta logo adalah tidak melebihi daripada tiga (3) warna.

 

4. Rekabentuk logo hendaklah menggunakan grafik komputer dan dihantar dalam bentuk “softcopy” menggunakan ADOBE ILLUSTRATOR atau JPEG resolusi minimum 1280x 960 atau Word Document.

 

5. Logo yang direkacipta hendaklah :

a) Asli dan mempunyai penjelasan atau maksud atau rasional tentang bentuk serta warna yang digunakan; dan

b) Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.

 

6. Rekacipta logo hendaklah meletakkan perkataan “INSTITUT KRAF NEGARA” dan menggunakan bentuk huruf Times New Roman.

 

7. Rekacipta logo hendaklah mempunyai pengaruh aplikasi teknologi terkini dalam bidang pengajian berasaskan kemahiran seni kraf yang unggul dan dinamik.

 

8. Semua logo yang diterima oleh urusetia pertandingan IKN akan menjadi hak milik Institut dan tidak akan dikembalikan. Pihak IKN berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai atau bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara.

 

9. Borang penyertaan boleh didapati di laman web http://www.ikn.gov.my.

 

10. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat emel di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2018 (Isnin). *e-melkan kepada : [email protected] [email protected]

 

11. Hanya satu rekabentuk logo sahaja akan terpilih memenangi hadiah wang tunai RM 300.00 beserta sijil penghargaan.

 

12.Keputusan akan diumumkan melalui laman web IKN. Pemenang juga akan dihubungi melalui telefon dan e-mail. Keputusan panel adalah muktamad dan adil.

 

13. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila berhubung melalui urusetia:

i) Norzehan Adli Bin Muhammad – 03 – 6091 5322

ii) Noor Azahliza Binti Ramli – 03 – 6091 5322

 

14. Muat Turun Borang Pertandingan disini.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.