Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi pengajian Julai – Disember 2017/2018







Permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi pengajian Julai – Disember 2017/2018

  |   Pengumuman   |   No comment

 

 

 

final intake 2017 update

 

 

Permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi pengajian Julai – Disember 2017/2018 (semester 1) kini dibuka.

 

Tempoh permohonan adalah dari 27 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017.

 


 

Antara Program yang ditawarkan

Program Diploma – Tiga (3) Tahun

Program Sijil – Dua (2) Tahun

 

Kursus yang ditawarkan:

  • Seni Kraf Batik
  • Seni Kraf Tenunan
  • Seni Kraf Kayu
  • Seni Kraf Logam
  • Seni Kraf Seramik
  • Seni Kraf Rotan

 


 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

 

Syarat Am Institut

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18-30 tahun.

3. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang kraf.

 

Syarat Khas Program Pengajian Sijil

1. Memenuhi Syarat Am Institut;

DAN

2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;

DAN

3. Lulus temuduga dan ujian lukisan.

 

Syarat Khas Program Pengajian Diploma

1. Memenuhi Syarat Am Institut;

DAN

2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 (tiga) kredit dalam mana-mana mata pelajaran;

ATAU

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 atau Sijil yang setara dengannya;

DAN

4. Lulus temuduga dan ujian lukisan.

 

Syarat PEWARIS

1. Memenuhi Syarat Am Institut;

DAN

2. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kraf;

DAN

3. Mempunyai hubungan kekeluargaan dengan usahawan kraf yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia;

DAN

4. Lulus temuduga dan ujian melukis;

DAN

5. Dokumen sokongan.

a) Sijil Pendaftaran Usahawan Kraf, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

b) Sijil Penyertaan Usahawan Kraf dalam program atau aktiviti anjuran Kraftangan Malaysia (jika ada).

c) Borang calon PEWARIS yang lengkap.

 


 

Sila mohon secara atas talian (online) melalui http://58.26.125.253/application/appForm.asp atau muat turun borang secara manual bagi calon PEWARIS di pautan “borang_kemasukan_IKN” atau dibawah.

 

borang-permohonan-kemasukan-ke-institut-kraf-negara

 

Borang Calon PEWARIS

 


 

Sebarang pertanyaan sila hubungi IKN di talian 03-60915322 dan berurusan dengan :

  • Encik Harmaini Othman– Sambungan 160
  • Puan Mariam Abdullah – Sambungan 165
  • Encik Saharizad Saidin – Sambungan 161
  • Encik Muhd Zaim Rosni – Sambungan 162
  • Encik Firdaus Ramli – Sambungan 167
  • Puan Noor Suraya Kamarudin – Sambungan 163
  • Encik Muhammad Hafizuddin Abdul Rahman – Sambungan 168

 


 

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.