Jurnal kandungan Jurnal kandungan

Peraturan Dan Prosedur
 

 

Keperluan Akademik

Komponen Kursus

Seseorang pelajar dikehendaki mendaftar, mengambil dan lulus semua dalam komponen berikut :-

  1. Komponen Wajib IKN

  2. Komponen Wajib Jurusan

  3. Komponen Elektif

Kursus Teras / Bukan Teras

Kursus Teras dan Bukan Teras bagi komponen selain daripada Komponen Institut ditentukan oleh jurusan berkenaan.

Prasyarat

Jabatan hendaklah mengenalpasti kursus prasyarat bagi program yang ditawarkan.

Sebarang pengambilan kursus yang belum memenuhi prasyarat perlu mendapat kelulusan Lembaga Akademik IKN.

Pemindahan Kredit

Seseorang pelajar IKN boleh memohon pemindahan kredit untuk sesuatu kursus yang setara di IPT lain mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh IPT berkenaan. Jam kredit, gred dan nilai gred kursus yang diperolehi akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan HPNG.

Jumlah kredit yang boleh diikuti di IPT lain hendaklah tidak melebihi satu pertiga (1/3) jam kredit program pengajian yang diikuti oleh pelajar.

Permohonan pemindahan kredit hendaklah dibuat kepada Ketua Jurusan berkenaan.

Kelulusan pemindahan kredit akan dipertimbangkan oleh Lembaga Akademik IKN dengan pengesahan Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Pengecualian Kredit

Seseorang pelajar boleh memohon pengecualian kredit untuk sesuatu kursus mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh IKN dengan mengisi Borang Pengecualian Kredit.

Syarat Pengecualian Kredit:-

  1. Jumlah maksimum jam kredit untuk dikecualikan tidak melebihi satu pertiga (1/3) jam kredit program pengajian yang sedang diikuti.

  2. Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan kandungan sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan.

Prosedur pengecualian kredit adalah seperti berikut:-

  1. Permohonan pengecualian kredit hendaklah dibuat kepada Ketua Jurusan masing-masing.

  2. Kelulusan pengecualian kredit akan dipertimbangkanoleh Lembaga Akademik IKN dengan pengesahan Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Kredit Mata Pelajaran Gagal

Pelajar yang gagal dalam sesuatu mata pelajaran wajib, hendaklah mengambil semula (tebus) dengan cara mengulangi mata pelajaran tersebut sehingga lulus. Bagi tujuan pengiraan PNG, kredit kira dan mata nilai terakhir mata pelajaran yang diulangi akan diambilkira dan kredit kira serta mata nilai yang asal dimansuhkan.

Mata pelajaran pilihan yang gagal tidak semestinya diulangi tetapi kredit dan mata nilai mata pelajaran pilihan yang gagal tadi akan diambilkira dalam pengiraan kredit kira dan PNG.

 

 

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi seseorang pelajar sepenuh masa adalah seperti berikut :

Program Sijil Seni Kraf – Dua (02) Tahun

Minimum empat (04) semester dan maksimum lapan (08) semester.

Program Diploma Seni Kraf – (03) Tahun

Minimum enam (06) semester dan maksimum lapan (08) semester.

Pengajian Sepenuh Masa Ke Separuh Masa

Pelajar sepenuh masa yang telah habis tempoh pengajian dibolehkan menyambung pengajian sebagai pelajar separuh masa.

Program Pengajian Separuh Masa

Tempoh maksimum pengajian bagi seseorang pelajar separuh masa adalah tidak melebihi dua (02) kali tempoh maksimum pengajian sepenuh masa bagi program pengajian.

Tempoh Penangguhan Pengajian / Cuti Khas

Seseorang pelajar sepenuh masa boleh dipertimbangkan untuk menangguh pengajian bagi tempoh maksimum dua (02) semester.

Seseorang pelajar separuh masa boleh dipertimbangkan untuk menangguh pengajian bagi tempoh maksimum empat (04) semester.

Tempoh penangguhan ini tidak akan diambilkira sebagai tempoh pengajian di IKN mengikut perkara 2.2.1. dan 2.2.2.

Permohonan bertulis kepada Jurusan beserta dokumen yang sah perlu dibuat tidak lewat dari dua (02) minggu sebelum peperiksaan akhir semula.

Kelulusan untuk cuti khas akan dipertimbangkan oleh Lembaga Akademik IKN dengan Pengesahan Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Tempoh Penggantungan Pengajian

Seseorang pelajar boleh digantung pengajiannya oleh Lembaga Tatatertib IKN sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan IKN (Tatatertib dan Displin Pelajar) 2001 bagi sesuatu tempoh dan tempoh ini diambilkira sebagai tempoh pengajian.

Gugur Status Sebagai Pelajar

Seseorang pelajar akan gugur status sebagai pelajar Institut sekiranya tidak hadir tanpa kebenaran 14 hari selepas tarikh pendaftaran semula setiap semester yang ditetapkan oleh Institut.

Kemasukan

Kemasukan bagi semua program pengajian Sijil dan Diploma Seni Kraf adalah pada permulaan semester pengajian.

Setiap tawaran kemasukan adalah untuk sesuatu semester tertentu sahaja.

Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu program pengajian pada sesuatu jangka masa yang sama.

Syarat dan kelayakan masuk bagi setiap program pengajian Sijil dan Diploma Seni Kraf hendaklah ditentukan oleh Jurusan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat IKN.

Pemilihan kemasukan pelajar bagi mana-mana program pengajian Sijil dan Diploma Seni Kraf adalah ditentukan oleh Jurusan.

Muka surat: 1  2  3  

Bookmark and Share
last-updated : 27 November 2013