Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Panduan & Syarat

  1. Pelajar dikehendaki hadir pada setiap masa dalam waktu urusniaga atau waktu kerja biasa tempat latihan industri dijalankan kecuali tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh sakit, kemalangan atau sebab-seban lain yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun pelajar mestilah memberitahu Penyelia atau pihak pengurusan terlebih dahulu dengan memberikan keterangan bertulis yang disokong dengan bukti.

  2. Pelajar tidak boleh membocorkan atau member sebarang maklumat berhubung dengan pihak yang menyediakan kemudahan latihan atau sebarang perkara mengenai urusniaga pihak-pihak tertentu atau pelanggan-pelanggannya atau maklumat-maklumat lain yang diperoleh semasa menjalani latihan tersebut sama ada pada masa menjalani latihan ataupun sesudahnya.

  3. Pelajar hendaklah patuh dan taat kepada Penyelia Latihan industri atau Penyelia-penyelia yang mempunyai hubungan langsung dengan latihan.

  4. Pelajar tidak boleh dengan sengaja merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta kepunyaan organisasi yang memberikan latihan kepadanya.

  5. Sekiranya Institut Kraf Negara (IKN) pada bila-bila masa dikehendaki membayar sebarang tanggungan yang dialami oleh pelajar semasa menjalani latihan amai, pelajar tersebut mestilah membayar semula setiap pembayaran yang telah dibuat itu kepada pihak IKN.

  6. Pelajar hendaklah tidak lewat daripada dua (02) minggu dari tarikh akhir tempoh latihan industri, mengemukakan laporan lengkap berkaitan latihan industri kepada Pegawai Penyelaras Latihan industri IKN.

  7. Pelajar boleh menukar tempat latihan industrinya hanya dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Penyelaras Latihan industri sebelum latihan bermula berdasarkan kepada sebab-sebab yang munasabah.

  8. Jika pelajar melanggar peraturan ataupun mengabaikan tugasnya atau melakukan kesalahan tatatertib semasa menjalani latihan, ia boleh dihadapkan kepada Lembaga Tindakan Tatatertib IKN dan jika didapati bersalah, maka ia tidak boleh meneruskan latihan atau dikehendaki meninggalkan tempat latihan dengan serta merta dengan tanggungan sendiri dan pihak Institut berhak menarik semula segala kemudahan yang telah diberikan bagi tujuan menjalani latihan industri atau pelajar dikehendaki membayar semula segala perbelanjaan yang telah diberikan.

  9. Segala peraturan dan syarat yang dikenakan kepada pelajar semasa ia menjadi pelajar IKN akan dikuatkuasakan juga di sepanjang tempoh menjalani latihan industri tersebut.

  10. Pelajar hendaklah menumpukan sepenuh masa, perhatian dan tenaga kepada latihan industri yang dijalankan.