Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Garis Panduan

MAKLUMAT PENTING MENGENAI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
(Kepada Jabatan/Syarikat yang mengambil pelajar sebagai pelatih)

 

  1. Surat Penempatan ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya pelajar gagal dalam peperiksaan akhir semester dan digagal berhentikan atau perlu mengulang semester.
  2. Pelajar akan membawa perkara-perkara berikut apabila melaporkan diri di tempat latihan.
  3. Pelajar dikehendaki mengisi Borang Pengesahan Lapor Diri sebaik sahaja melaporkan diri.
  4. Peraturan dan garis panduan akan digunakan sebagai panduan dan bimbingan semasa pelajar menjalani Latihan Industri.
  5. Pelajar masih tertakluk dengan segala peraturan institut walaupun sedang menjalani Latihan Industri. Oleh itu, pelajar dikehendaki sentiasa mematuhi peraturan/arahan yang telah ditetapkan oleh pihak institut dan Jabatan/Syarikat di mana pelajar sedang menjalani latihan.
  6. Tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Latihan Industri akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana arahan/peraturan yang ditetapkan oleh pihak institut dan/atau Jabatan/Syarikat.
  7. Jabatan/Syarikat diminta memaklumkan kepada UAKK dengan segera sekiranya berlaku masalah disiplin pelajar (misalnya kehadiran, kelakuan yang tidak memuaskan dan sebagainya) supaya tindakan penyelesaian masalah dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin oleh pihak institut bersama Jabatan/Syarikat.
  8. Pelajar adalah tertakluk kepada polisi dan peraturan pengambilan cuti Jabatan/Syarikat di mana pelajar menjalani latihan.
  9. Pelajar akan mula latihannya pada tarikh yang ditetapkan oleh Institut atau Jabatan/Syarikat dan tidak dibenarkan menamatkan latihan industri lebih awal dari tarikh program latihan industri.
  10. Penyelia Latihan dari Jabatan/Syarikat diminta menyemak catatan laporan harian sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  11. Pada minggu terakhir latihan pelajar, Jabatan/Syarikat diminta memastikan perkara-perkara tersebut di bawah dilengkapkan :
    • Borang Pengesahan Tamat Latihan Industri
    • Buku Log Latihan Industri

 

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.