BAHAGIAN 1
PENGENALAN
1.1 Latihan industri merupakan suatu aktiviti pembelajaran di luar kampus yang mana pelajar akan ditempatkan di organisasi yang membuat pengeluaran produk kraf, bersesuaian dengan kursus yang diikuti oleh pelajar supaya mereka mendapat pendedahan dalam suasana pekerjaan yang sebenarnya.
1.2 Semua pelajar sama ada di bawah Program Diploma atau Sijil diwajibkan menjalani latihan industri bagi melayakkan mereka mendapat Diploma atau Sijil masing-masing.
1.3 Tempoh latihan industri yang ditetapkan adalah selama tidak kurang dari empat (04) minggu bergantung kepada keperluan program dan kursus masing-masing.
BAHAGIAN 2
TUJUAN
2.1 Mendedahkan pelajar-pelajar kepada suasana pekerjaan yang sebenar.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar supaya menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran daa kebolehan yang telah dipelajari atau diperolehi untuk dipraktikkan dalam industry.
2.3 Mempelajari sistem-sistem yang dipraktikkan dalam pengeluaran produk bagi memperkayakan pengelaman pelajar.
2.4 Memenuhi salah satu syarat pentauliahan dah pengiktirafan bagi melayakkan pelajar dianugerahkan Sijil atau Diploma.
BAHAGIAN 3
KRITERIA PEMILIHAN TEMPAT
3.1 Pemilihan tempat latihan industri adalah berdasarkan kepada syarat yang telah ditetapkan berpandukan kepada kepentingan dan keperluan berikut:
3.2 Kerja-kerja yang akan dijalankan di tempat latihan mestilah bersesuaian dengan kursus yang diikuti oleh pelajar.
3.3 Organisasi yang menjadi pilihan untuk menjadi tempat latihan mestilah berdaftar dengan Jabatan / Agensi yang diberi kuasa oleh kerajaan.
3.4 Organisasi tersebut hendaklah mempunyai pegawai yang bertanggungjawab mengawasi keseluruhan proses pengeluaran dan kerja-kerja penyeliaan atau operator pengeluaran.
3.5 Memastikan setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar mestilah berada di bawah pengawasan pegawai yang bertanggungjawab di organisasi berkenaan.
BAHAGIAN 4
TINJAUAN
4.1 Pegawai Penyelaras hendaklah mengemukakan cadangan nama-nama pegawai yang akan membuat lawatan tinjuan beserta jadual lawatan untuk mendapat persetujuan Pengarah, dua (2) bulan sebelum latihan industri dijalankan. Lawatan hanya dibuat bila terdapat perubahan dalam penempatan pelajar.
4.2 Pegawai yang dilantik untuk membuat tinjauan hendaklah mengenalpasti organisasi yang sesuai untuk menempatkan pelajar berdasarkan bidang kurus yangdiambil oleh pelajar berkenaan.
4.3 Pegawai juga dikehendaki melengkapkan Borang Tinjauan (IKN / Lam 2003 / 1) bagi setiap tempat yang dilawati dan diserahkan kepada Pegawai Penyelaras dalam tempoh seminggu setelah kembali dari membuat tinjauan.
4.4 Pengesahan kesanggupan organisasi untuk menerima pelajar menjalani latihan industri di tempatnyaperlu diterima selewat-lewatnya satu (01) bulan sebelum tarikh sebenar pelajar-pelajar menjalani industri.
4.5 Pelajar-pelajar juga boleh mencadangkan tempat-tempat yang sesuai kepada mereka bagi menjalani latihan industri untuk mendapat persetujuan pihak Institut. Cadangan hendaklah dibuat lebih awal supaya dapat diselaraskan dengan jadual tinjauan.
BAHAGIAN 5
PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI
5.1 Sebarang pertukaran tempat latihan industri selepas diluluskan oleh Bahangian Akademik adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab yang munasabah dan disokong oleh jurusan yang berkaitan. Permohonan hendaklah dbuat melalui Borang Permohonan Tempat Latihan industri (IKN / LAM 2003 / 5).
5.2 Pegawai penyelaras dikehendai menyiasat sama ada pertukaran itu wajar dilakukan atau tidak. Jika sekiranya pertukaran itu wajar dilakukan, Pegawai Penyelaras boleh meluluskan pertukarannya dan terus mengeluarkan surat kepada organisasi yang baru dan Cawangan Kraftangan Negeri berkenaan, Ketua Akademik, Unit Pentadbiran serta pelajar berkenaan.
5.3 Pelajar dikehendaki menunggu sehingga surat kelulusan pertukaran diperolehi sebelum menjalani latihan industri.
5.4 Jika sekiranya hasil siasatan mendapati pertukaran pelajar tidak wajar dilakukan, maka Pegawai Penyelaras diminta memaklumkan kepada pelajar yang berkenaan dengan kadar segera.
BAHAGIAN 6
PERMOHONAN DAN PENEMPATAN PELAJAR
6.1 Pegawai Penyelaras Latihan industri hendaklah menghantar surat kepada organisasi tempat latihan industri hendak dijalankan dengan menyertakan senarai nama-nama pelajar yang akan menjalani latihan serta disalinkan kepada Ketua Akademik dan Cawangan Kraftangan Negeri berkenaan bagi mendapat kerjasama mereka. Pelajar-pelajar juga hendaklah memaklumkan mengenai penempatan mereka.
6.2 Pegawai Penyelaras Latihan industri hendaklahmemaklumkan kepada Unit Pengurusan Perkhidmatanmengenai senarai pelajar yang akan menjalani latihan industri serta penempatannya.
6.3 Pelajar hendaklah mendapatkan buku log masing-masing dari Pegawai Penyelaras sebelum latihan industri dimulakan.
6.4 Borang Permohonan Latihan industri (IKN / LAM 2003 / 2) hendaklah diisi oleh pelajar yang akan menjalani industri dan mestilah dihantar kepada Pegawai Penyelaras Latihan industri pada waktu yang ditetapkan.
BAHAGIAN 7
PENGESAHAN LAPOR DIRI
7.1 Setiap pelajar perlu mengesahkan kehadiran mereka untuk menjalani latihan industri dengan mengisi boring Pengesahan Lapor Diri (IKN / LAM 2003 /3) dalam empat (04) salinan. Pelajar juga hendaklah mendapatkan pengesahan daripada majikan tempat mereka menjalani latihan industri.
a) Asal Putih – Simpanan Pegawai Penyelaras (diserahkan kepada Pegawai Pelawat)
b) Salinan Biru – Majikan Penempatan industri
c) Salinan Kuning – Simpanan Pelajar (diserahkan kembali bersama buku log)
d) Salinan Hijau – PKKM Cawangan Negeri berkenaan (diserahkan kepada Pegawai Pelawat)
BAHAGIAN 8
LAWATAN SEMASA LATIHAN
8.1 Seorang pegawai dari jurusan berkenaan akan dilantik bagi membuat tinjauan sekurang-kurangnya sekali semasa pelajar menjalani latihan industri.
8.2 Lawatan ini bertujuan untuk memnentukan kesesuaian pelajar dengan organisasi berkenaan, memeriksa dan mengesahkan buku log, mendapatkan maklumbalas dri pelajar berkenaan bidang tugas yang diberikan oleh majikan dan sebagainya.
8.3 Pegawai yang membuat lawatan dikehendaki menyediakan satu laporan setelah selesai membuat lawatan dengan mengisi Borang Tinjauan Lawatan Latihan industri (IKN / LAM 2003 / 4).
8.4 Borang Lawatan Tinjauan Latihan industri yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras Latihan industri untuk semakan dan tindakan selanjutnya.
BAHAGIAN 9
BUKU LOG DAN KAEDAH PENYEDIAAN
9.1 Semua pelajar yang menjalani latihan industri dikehendaki melengkapkan Buku Log yang akan diberi oleh pihak IKN.
9.2 Maklumat / Dokumen buku log mengandungi:
a. Salinan Borang Pengesahan Lapor Diri
b. Salinan Borang Pertukaran Tempat Latihan industri
c. Alamat, nombor telefon dan nombor faks IKN
d. Panduan mengisi buku log
9.3 Semua gerak kerja yang melibatkan kursus semasa menjalani latihan industri hendaklah dicatatkan di dalam buku log secara terperinci.
9.4 Gerak kerja yang dicatatkan di dalam buku log mestilah disahkan oleh Penyelia organisasi tempat latihan industri dijalankan pada haribekerja terakhir setiap minggu.
BAHAGIAN 10
SERAHAN BUKU LOG
10.1 Pelajar yang telah menjalani latihan industri dengan jayanya dikehendaki menyerahkan buku log kepada Pegawai Penyelaras latihan industri dalam tempoh satu (01) minggu selepas melaporkan diri semula di IKN.
10.2 Sebarang alasan yang dikemukakan oleh pelajar berhubung kehilangan, kecurian, kerosakan atau kemusnahan yang serius pada buku log tidak akan diterima. Dalam kes tersebut, pelajar boleh dianggap tidak menyempurnakan latihan industri.
BAHAGIAN 11
DISIPLIN PELAJAR
11.1 Kehadiran pelajar adalah tertakluk di bawah peraturan organisasi tempat pelajar menjalani latihan dan juga IKN.
11.2 Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah melebihi tiga (03) hari dar i tempoh keseluruhan latihan industri dikenakan tindakan.
11.3 Pelajar yang tidak menghantar Borang Pengesahan Lapor Diri juga tidak dianggap tidak menjalani latihan industri.
11.4 Setiap pelajar adalah bertanggungjawab untuk memeklumkan kepada Pegawai Penyelaras latihan industri secara bersurat sekiranya vberlaku sebarang perubahan atau masalah berikut:
a) Organisasi tempat pelajar menjalani latihan tidak mahu menerima pelajar semasa tarikh melapor diri.
b) Organisasi tempat pelajar menjalani latihan diisytiharkan muflis semasa tempoh latihan industri.
c) Bidang tugas yang diberikan tidak sesuaidengan kursus yang diceburi oleh pelajar.
d) Pelajar ingin bertukar syarikat atau tempat latihan.
e) Pelajar berpindah tempat kediaman.
f) Pelajar diancam secara merbahaya oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab dan sebagainya.
11.5 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai sepanjang masa menjalani latihan industri.
11.6 Pelajar-pelajar mestilah menjaga nama baik IKN sepanjang masa menjalani latihan industri.
11.7 Pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin dan berkelakuan yang tidak baik boleh dikenakan tindakan.
BAHAGIAN 12
GAJI, UPAHAN ATAU ELAUN
12.1 Pelajar dilarang sama sekali menuntut atau meminta apa-apa bayaran gaji, upah atau elaun daripada syarikat atau kilang atau pengusaha kraf melainkan mereka menawarkannya dan ianya hendaklah ditakrifkan
sebagai bayaran saguhati sahaja.
12.2 Sebarang bayaran yang diterima oleh pelajar dengan cara yang dibenarkan hendaklah dimaklumkan Pegawai Penyelaras latihan industri.
BAHAGIAN 13
KEMUDAHAN
13.1 Setiap pelajar tertakluk di bawah Skim Insuran Berkelompok yang meliputi seluruh tempat lain sama ada di bilik kuliah, di bengkel atau pekarangan tempat latihan dan juga tempat latihan industri dijalankan.
13.2 Pelajar dibayar elaun tambahan bagi menampung keperluan penginapan dan pengangkutan tempatan sebanyak RM10.00 sehari sepanjang tempoh latihan industri dijalankan.
BAHAGIAN 14
SISTEM PENILAIAN
14.1 Penilaian bagi latihan industri dibuat berdasarkan kepada beberapa perkara iaitu:
a) Kehadiran pelajar menjalani latihan
b) Gerak Kerja yang dicatatkan di dalam buku log
c) Laporan Penyelia latihan industri
d) Laporan Pegawai yang membuat tinjauan
14.2 Pegawai Penyelaras latihan industri IKN dikehendaki menyerahkan buku log pelajar kepada Ketua Kursus untuk dinilai. Penilaian melalui buku log ini hendaklah dibuat berdasarkan kepada kekemasan, jenis gerak kerja yang dilakukan, lukisan, pengiraan, gambar-gambar yang berkaitan dengan gerak kerja, bilangan aktiviti yang dibuat berbanding tempoh latihan yang diikuti, inisiatif pelajar dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu.
BAHAGIAN 15
PELAJAR GAGAL
15.1 Mana-mana pelajar yang tidak menyempurnakan latihan industri dalam tempoh yang telah ditetapkan akan dianggap gagal menjalani latihan industri.
15.2 Pelajar yang gagal program latihan industri yang pertama boleh mengemukakan rayuan untuk mengikuti semula latihan industri. Rayuan hendaklah dikemukakan melalui Pegawai Penyelaras latihan industri.
15.3 Sekiranya rayuan tersebut Berjaya, maka pelajar berkenaan dikehendaki menjalani semula latihan industri dalam semester yang berikutnya.
15.4 Pelajar yang mengikuti latihan industri untuk kali kedua tidak akan diberi sebarang elaun bayaran yang berkaitan.
BAHAGIAN 16
PENUTUP
16.1 Latihan industri sangat penting bagi meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelajar secara praktikal selain daripada latihan yang disediakan semasa aktiviti pembelajaran di dalam kampus.
16.2 Pelajar boleh menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran semasa menjalani latihan industri.