Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Permohonan Penganugerahan

Peraturan Permohonan Penganugerahan, Institut Kraf Negara

  1. Pelajar semester akhir yang akan menyempurnakan kursus adalah dikehendaki memohon untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf. Permohonan yang telah dibuat pada sesi  pengajian sebelumnya tidak boleh di ambil kira.
  2. Pelajar-pelajar bukan semester akhir dan pelajar-pelajar lain selain daripada dinyatakan pekara 1 di atas tidak layak memohon.
  3. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang P.Akad/2.6/2.6.1di dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh Institut Kraf Negara. Pelajar hendaklah mengemukakan dan  menyerahkan semua salinan ke Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf.
  4. Tarikh tutup permohonan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. (Sila rujuk Jadual Urusan Akademik yang diedarkan).
  5. Permohonan lewat iaitu borang yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  6. Pelajar yang tidak memohon dan / atau mengemukakan borang permohonan ke Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf selepas tarikh atau tempoh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengemukakan permohonan masing-masing di dalam tempoh yang ditetapkan pada sesi pengajian yang berikutnya.
  7. Hanya pelajar yang telah memohon untuk penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf di dalam tempoh tersebut sahaja yang boleh disyorkan kepada Lembaga Akademik IKN untuk disahkan oleh Ahli Jawatankuasa sebagai layak dianugerahkan Sijil Seni Kraf / Diploma Seni Kraf.
  8. Pelajar yang tidak memohon tidak boleh dipertimbangkan untuk penganugerahan dan kemasukan ke kursus pengajian yang lebih tinggi di Institut Kraf Negara ini.
  9. Permohonan penganugerahan Sijil Seni Kraf / Diploma seni Kraf hendaklah dibuat tidak lewat dari dua (2) tahun selepas tamat pengajian. Permohonan yang dibuat atau diterima oleh. Pejabat Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf selepas tamat tempoh tersebut tidak boleh dipertimbangkan.