Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Sukan dan Rekreasi

Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar telah ditetapkan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan dan rekreasi pelajar.  Kegiatan sukan digalakkan bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap.  Melalui program dan aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran IKN untuk melibatkan seramai 80% pelajar IKN aktif di dalam kegiatan sukan dan rekreasi.

 

Unit ini juga bertanggungjawab mengurus, mengawal, dan menyelenggara kemudahan sukan.  Antara kemudahan yang disediakan ialah:-

  • padang bola sepak, futsal dan bola jaring.
  • gelanggang tenis, sepak takraw dan bola tampar.
  • Dewan Cindai yang dilengkapi dengan gelanggang badminton.
1. Mengatur dan menjalankan program aktiviti pelajar dan bertanggungjawab untuk menjaga, menyelenggara dan mempromosi kemudahan sukan kepada pelajar
 2. Melahirkan pelajar-pelajar yang sihat lagi cergas, bertaqwa dan cemerlang dalam bidang akademik dan Sukan
 3. Menyediakan pelabagai kemudahan sukan yang boleh digunakan secara percuma oleh pelajar

Sukan Tahunan Pelajar ini merupakan acara tahunan bagi pelajar-pelajar IKN. Ianya bermula sejak 2001 dan untuk tahun 2011 ianya akan berlangsung buat kali ke-10. Sukan Tahunan Pelajar ini diadakan adalah bertujuan mewujudkan semangat kesukanan dan kerjasama kepada pelajar-pelajar IKN. Disamping mendidik pelajar-pelajar IKN kearah kecerdasan, kecergasan serta kepimpinan dalam minda setiap pelajar IKN.

 

Program ini bertujuan:-

 1. Menjana masyarakat pelajar yang sihat dan cergas di kalangan pelajar IKN.
 2. Mencungkil dan menggilap bakat-bakat pelajar IKN dalam pembangunan sukan.
 3. Mewujudkan suasana harmoni dan sihat di kalangan pelajar IKN.
 4. Menyemai dan menyuburkan semangat hidup berbudaya di kalangan pelajar dan warga IKN.

 

bola sepak IKN
Bola Sepak
futsal IKN
Futsal
bola tampar IKN
Bola Tampar
ping pong IKN
Ping Pong
tarik tali IKN
Tarik Tali