Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Majlis Perwakilan Pelajar

Pengenalan MPP

MPP merupakan singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang bertindak mewakili pelajar dalam segala hal dan menyuarakan isi hati dan pandangan pelajar kepada sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. MPP juga bertanggungjawab dalam membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aspek kemahiran, akademik, sukan, dan sebagainya.

 

Tujuan Dan Fungsi Utama Perwakilan Pelajar

  • Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar-pelajar Institut Kraf Negara.
  • Tertakluk kepada arahan Pengarah dan Unit Hal Ehwal Pelajar untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan pelajaran, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan, kebajikan dan perkara – perkara yang berkait rapat dengan pelajar.
  • Untuk membuat representasi kepada Unit Hal Ehwal Pelajar tentang segala perkara berhubungan atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajar-pelajar di Institut Kraf Negara.
  • Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa.

Tempoh perlantikan Exco Tertinggi MPP dan ahli – ahli (exco) adalah selama satu tahun (2 SEMESTER).

Keahlian IKN

Exco Majlis Perwakilan Pelajar IKN adalah terdiri daripada pelajar IKN yang berdaftar secara sah dan mempunyai rekod disiplin dan akademik yang baik.

 

Tanggungjawab EXCO MPP IKN

1. Setiap exco mestilah patuh kepada Kod Etika Majlis Perwakilan Pelajar  dan berpegang teguh kepada objektifnya
2. Tidak dibenarkan menganggotai dan melibatkan diri secara rasmi dengan pertubuhan politik di Malaysia
3. Setiap exco mestilah berusaha untuk melaksanakan dan mencapai objektif dan matlamat MPP
4. Menunjukkan imej yang positif dan tidak mencemarkan nama baik IKN

 

Hak EXCO MPP IKN

Semua exco MPP IKN boleh menggunakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Unit Hal Ehwal Pelajar  dengan mematuhi peraturannya serta mendapat kebenaran.

Semua exco MPP boleh mengikuti semua aktiviti MPP IKN tanpa sebarang halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi MPP IKN bahawasanya exco tersebut tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti yang ditetapkan atau apa-apa jua aktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budibicara Majlis Tertinggi MPP IKN serta unit HEP. Semua exco berhak mengetahui perkembangan dan perubahan dalam struktur organisasi serta pergerakan MPP IKN. Semua exco berhak menyuarakan pandangan kepada MPP IKN menggunakan saluran-saluran yang beretika.

 

Pentadbiran MPP IKN

1.    Presiden
2.    Naib Presiden
3.    Setiausaha
4.    Bendahari
5.    Ketua Exco Ekonomi
6.    Ketua Exco Keagamaan & Kerohanian
7.    Ketua Exco Sukan & Rekreasi
8.    Ketua Exco Publisiti & Pendidikan
9.    Ketua Exco Kebajikan & Keselamatan
10.  Ketua Exco Kebudayaan & Kesenian

 

Perletakan Jawatan dan Perlucutan Jawatan

Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Presiden MPP IKN beserta alasan munasabah. Pengesahan perletakan jawatan hanya akan berlaku setelah berbincang dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi MPP IKN serta dimaklumkan kepada unit HEP.

 

Perlucutan Jawatan

Perlucutan jawatan hanya akan berlaku dengan sebab-sebab berikut :
•    Salah laku yang jelas bertentangan dengan dasar  dan peraturan Institut Kraf Negara
•    Meninggal dunia

 

Kekosongan Jawatan

Jika kekosongan jawatan berlaku dalam Ahli Majlis Tertinggi MPP IKN, pemilihan baru akan diputuskan melalui mesyuarat Ahli Mesyuarat MPP IKN dan tempoh perjawatannya adalah sehingga tamat sesi pentadbiran tersebut.

 

Bidang Tugas Umum MPP IKN

1. Fungsi Majlis Tertinggi ialah mengelola dan mengatur hala tuju dan gerak kerja, serta membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan MPP IKN mengikut objektif dan peraturan yang telah ditetapkan.
2. Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekiranya dirasakan perlu sekurang-kurang dua bulan sekali. Pengumuman bagi setiap mesyuarat hendaklah dibuat kepada semua yang terlibat dua hari sebelum mengadakan mesyuarat. Presiden secara individu boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada bila-bila masa.
3. Berkuasa menolak sesuatu aktiviti yang bercanggah dengan objektif dan peraturan MPP IKN
4. Membincangkan dan merancang perjalanan MPP IKN berdasarkan peruntukan dalam peraturan serta bersesuaian dengan objektif  IKN

 

Sumber Kewangan

Sumber-sumber kewangan untuk aktiviti MPP IKN adalah daripada peruntukan yang disediakan oleh unit HEP, bagi aktiviti yang telah di rancang. Sumber kewangan juga boleh didapati daripada kalangan ahli MPP.