Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Peraturan Akademik

Pentakrifan

Institut

Institut ertinya Institut Kraf Negara (IKN)

Jawatankuasa Lembaga Penasihat

Jawatankuasa Lembaga Penasihat IKN terdiri dari ahli-ahli yang dilantik oleh Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia bagi memberi nasihat dalam aspek pengurusan, pembangunan dan akademik IKN.

Pengarah

Pengarah dilantik oleh Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sebagai Ketua Eksekutif Institut bagi menyempurnakan tugas pentadbiran dan akademik di bawah kawalan Menteri yang bertanggungjawab kepada PKKM.

Pendaftar

Pendaftar adalah Ketua Pejabat Pendaftar Institut Kraf Negara

Ketua Akademik

Ketua Akademik ialah anggota kerja akademik (pensyarah) yang dilantik untuk mengetuai Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk suatu tempoh selama dua (02) tahun dan boleh disambung jika perkhidmatannya masih diperlukan.

Jurusan

Jurusan ertinya mana-mana Jurusan Seni Kraf yang ditubuhkan oleh Institut.

Ketua Jurusan

Ketua Jurusan ialah anggota akademik (pensyarah) yang dilantik bagi mengetuai sesuatu bidang pengajian mengikut jurusan seni kraf.

IKN Cawangan

IKN Cawangan ertinya mana-mana cawangan IKN yang ditubuhkan sama ada di peringkat daerah atau negeri.

Ketua Cawangan

Ketua Cawangan ialah anggota kerja akademik (pensyarah) yang dilantik sebagai Ketua Pentadbiran dan Akademik Cawangan bagi menyempurnakan tugas dibawah arahan dan kawalan IKN.

Pusat Pengajian

Pusat Pengajian ertinya mana-mana pusat pengajian yang ditubuhkan oleh Institut Kraf Negara.

Ketua Pusat Pengajian

Ketua Pusat Pengajian ialah anggota kerja akademik (pensyarah) yang dilantik untuk mengetuai sesebuah Pusat Pengajian.

Program Pengajian

Program Pengajian ertinya sesuatu kursus dan / atau latihan yang dirancang dan disediakan bagi memenuhi keperluan untuk dianugerah Sijil atau Diploma Seni Kraf Institut Kraf Negara.

Ketua Program Pengajian

Ketua Program Pengajian ialah anggota kerja akademik (pensyarah) yang dilantik untuk mengetuai sesebuah program pengajian seni kraf.

Semester

Semester adalah sesuatu sesi pengajian yang ditetapkan oleh Institut seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kursus

Kursus ertinya mata pelajaran atau latihan yang disediakan dalam satu-satu tempoh tertentu, biasanya dalam satu semester yang ditawarkan dalam sesuatu program pengajian.

Koordinator

Koordinator ialah anggota kerja akademik (pensyarah) yang dilantik bagi menyelaras sesuatu kursus.

Jawatankuasa Penasihat Akademik

Jawatankuasa Penasihat Akademik ditubuhkan untuk menasihati Institut berkaitan dengan hal / urusan akademik.

Lembaga Akademik IKN

Lembaga Akademik IKN adalah Lembaga yang bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik di IKN.

Lembaga Akademik IKN terdiri daripada :-

  • Pengarah – Pengerusi
  • Ketua Akademik – Ahli
  • Ketua Jabatan – Ahli
  • Pensyarah / Koordinator Kursus – Ahli

(Tiga (03) orang dilantik oleh Pengarah

Bagi tempoh dua (02)Tahun.

  • Pendaftaran / Penolong Pendaftar – Setiausaha