Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Kajian

PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (R&D)

Sebagai pusat pengajian kraf di peringkat Negara, Institut Kraf Negara telah berperanan sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), rujukan, pendokumentasian serta penyebaran ilmu dan kemahiran tentang kraf. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilaksanakan bertujuan menghimpun bahan-bahan sejarah dan eksperimen sebagai rujukan pelajar dan industri.

Kajian dan penyelidikan ilmiah yang dijalankan dalam bidang kraf adalah merangkumi subjek sejarah, motif, proses, teknik, inovasi dan teknologi seni kraf.

Dengan konsep ini menjadikan IKN sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kraf (Center of Excellence for Craft Education). Bahan kajian (R&D), dokumen, bahan penulisan dan penerbitan yang khusus kepada kraf sama ada tradisional atau pun kontemporari boleh dijadikan rujukan oleh pelajar dan para usahawan yang memerlukan. Ciri-ciri yang dibentuk untuk IKN menjadikan ianya unggul sebagai pusat sumber yang dapat menyimpan dan menyebarkan ilmu kraf secara lebih meluas supaya dapat dimanfaatkan untuk perkembangan industri kraf.

 

PENDOKUMENAN DAN PENERBITAN

Penyemakan dan penilaian bagi bahan penulisan dan rujukan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Institut Kraf Negara untuk membolehkan bahan penyelidikan dan penulisan diterbitkan. Bahan atau dokumen kajian diterbitkan secara in-house bagi meningkatkan koleksi rujukan yang akan digunakan oleh pelajar IKN khususnya, IPTA/IPTS serta usahawan yang memerlukannya.