Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Pentadbiran

  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan sistem perkhidmatan Unit.
  • Memastikan maklumat program pengajian yang ditawarkan di IKN sampai kesasaran.
  • Merancang program dan aktiviti tahunan Unit
  • Menguruskan belanjawan, perolehan dan perbelanjaan Unit
  • Mengendalikan urusan pentadbiran am Unit.
  • Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan alumni.
  • Menguruskan urusan perkhidmatan personal Unit.
  • Menyelaras dan melaksana penempatan pelajar di kediaman siswa dan siswi
  • Menyediakan rekod aset alih Unit.
  • Menyelaras pengurusan pembangunan infrastruktur dan kemudahan pelajar
  • Menyelaras kemudahan dan penyelengaraan kediaman pelajar.
  • Bertanggungjawab memastikan semua kemudahan kediaman disediakan mengikut piawaian oleh pihak IKN.
  • Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar.
  • Menyelaras pemberian bantuan kewangan pelajar.
  • Mengedar maklumat/ risalah yang melibatkan pelajar
  • Mengurus aduan pelajar
  • Mengeluarkan laporan Unit.

 

Pengurusan Pelajar (Pengawasan – Warden)

  • Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni-penghuni yang sakit
  • Mengawas keluar masuk penghuni-penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa-masa tertentu seperti bermalam diluar.
  • Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak ada pelawat-pelawat yang tidak diingini datang ke kolej kediaman.

Pengenalan

Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar telah dipertangungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar sejajar dengan hasrat IKN melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak semasa industri.

 

Adalah diharapkan Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar dapat memenuhi hasrat IKN iaitu menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling dan program pembangunan kendiri yang membantu pelajar mengenalpasti dan menggunakan potensi diri mereka. Perkhidmatan kaunseling yang diamalkan oleh Unit ini hanyalah:-

  • Sesi Kaunseling Individu, dan
  • Kaunseling Kelompok

 

Khidmat Kaunseling

1. Khidmat kaunseling memperolehi “celik akal” (insight) dalam menangani isu-isu berkaitan diri dan juga mencapai objektif berikut dengan berkesan :
a) Lebih memahami diri sendiri
b) Meliaskan kesedaran dan mengenai potensi diri
c) Lebih berkeyakinan dalam berfikir dan membuat tindakan
d) Berupaya membuat keputusan secara bijak dan rasional
e) Meningkatkan sikap sentiasa mencari ilmu pengetahuan dan melibatkan diri dalam proses pendidikan mewujudkan individu yang lebih berpuashati dan menerima dari dalam segala usaha pencapaiannya
2. Perkhidmatan kaunseling yang berkaitan
a) Kaunseling dan psikoterapi individu
b) Kaunseling dan psikoterapi berkelompok
c) Kaunseling keluarga
d) ‘Crisis intervention’ dan akademik
e) Kaunseling kerjaya dan akademik
f) Kem kaunseling (seperti motivasi, kepimpinan, latihan dalam kumpulan – LDK)
3. Penerbitan dan penyebaran maklumat berkaitan kaunseling/ kajian kaunseling
4. Peranan sebagai tempat/sumber maklumat, perundingan, penyelidikan dan ujian

 

Khidmat Runding

1. Khidmat nasihat pembelajaran kepada pelajar secara berterusan
2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus/latihan/bengkel pembelajaran efektif kepada pelajar serta menilai keberkesanan
3. Membuat pemantauan proses pembelajaran pelajar secara berterusan
4. Memberi kaunseling akademik kepada pelajar yang lemah, sederhana dan cemerlang
5. Mengumpul data dan maklumat tentang hal ehwal dan keperluan pembangunan sahsiah pelajar, peningkatan motivasi, kepimpinan pelajar
6. Memberi perkhidmatan sokongan dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan pelajar seperti :
a) Melahirkan graduan berwibawa, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, kepimpinan, berinovasi
b) Berkeupayaan berbentuk kesihatan mental, pertumbuhan diri dan hubungan yang positif