Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Unit Hal Ehwal Pelajar

Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar adalah merupakan salah satu unit yang terpenting di dalam pentadbiran Institut Kraf Negara,  Ianya ditubuhkan untuk memberi khidmat berkenaan kebajikan pelajar dan bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan bumiputera yang berilmu dan berkelakuan baik.

 

Unit ini berhasrat menjadikan kegiatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, seimbang dengan kegiatan akademik dan pelengkap utama kepada proses kemajuan diri pelajar.

 

Dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab seharian terhadap kebajikan pelajar IKN, Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar berperanan membantu pihak IKN menguruskan perkara berikut:-

  • Menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar
  • Menyediakan bantuan makanan kepada pelajar
  • Menyediakan kemudahan bantuan kewangan kepada pelajar
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Kokurikulum Pelajar.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Kebudayaan Pelajar
  • Mengurus dan menyelaras aktiviti sukan pelajar
  • Menyediakan perkhidmatan pengangkutan didalam institut
  • Menyelaras kegiatan persatuan pelajar.
  • Menguruskan hal-hal kecemasan dan kematian pelajar.
  • Merancang program keusahawanan pelajar.
  • Memberi khidmat kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada pelajar.
  • merancang penyediaan prasarana yang kondusif kepada pelajar.
  • Menyelaraskan aktiviti dan pergerakan pelajar di dalam institut serta aktiviti bersama institusi-institusi pendidikan lain dan pertubuhan luar, bagi memastikan pelajar memenuhi keperluan kerohanian dan keperluan global. Ini juga dapat memberi pendedahan awal terhadap alam pekerjaan.
  • melahirkan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpesonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global.
  • Mengukuhkan jalinan antara Pengurusan IKN, pelajar dengan Alumni IKN

Visi HEP

Menjadi Unit yang unggul dalam memberi perkhidmatan kebajikan pepada pelajar dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

 

Misi HEP

Membantu melahirkan graduan bumiputera unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek,jasmani,rohani,emosi dan sosial.

 

Objektif HEP

  • Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa,ceria dan selamat.
  • Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik.

Carta Fungsi Institut Kraf Negara (Unit Hal Ehwal Pelajar)