Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Unit Pengurusan Perkhidmatan

Pengenalan

Unit Pengurusan dan Perkhidmatan (UPP) merupakan unit sokongan yang begitu penting di dalam menyokong Unit Akademik dan Kemahiran Kraf. UPP mengandungi sub-Unit seperti berikut:

a. Pentadbiran
b. Kewangan
c. Teknikal
d. Hal Ehwal Pelajar (HEP)
e. Teknologi Maklumat (IT)
f. Pengurusan Maklumat (Perpustakaan)

 

 

BIL.

NAMA

JAWATAN

UNIT


1


Mohamad Ali Bin Mad Jais


Timbalan Pengarah

Pegawai Ehwal Ekonomi (E52)



2


Zulkefle Bin Md Derus


Ketua Penolong Pengarah

Pegawai Ehwal Ekonomi (E44)


Pentadbiran


3


Hajah Che Salmah Binti Ismail


Penolong Pengarah

Pegawai Ehwal Ekonomi (E41)


Hal Ehwal Pelajar


4


Fauziah Binti Mohamed


Penolong Pengarah

Pegawai Ehwal Ekonomi (E41)


Perpustakaan


5


Ahmad Fadli Bin Basri


Penolong Pengarah

Pegawai Teknologi Maklumat (F41)


Teknologi Maklumat


6


Mariam Binti Abdullah


Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi (E32)


Hal Ehwal Pelajar


7


Nor Ainun Binti Md Sohod


Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (F29)


Teknologi Maklumat


8


Mohamad Fuad Bin Zulkifli


Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (F29)


Teknologi Maklumat


9


Tuan Azreen Bin Tuan Yaacob


Penolong Jurutera  (JA29)


Teknikal


10


Hafizan Bin Sharipudin


Penolong Jurutera  (JA29)


Teknikal


11


Ariff Nor Amin Bin Nordin


Penolong Jurutera  (JA29)


Teknikal


12


Muhamad Danial Bin Muhmad Afandi


Penolong Jurutera  (JA29)


Teknikal


13


Abu Bakar Bin Ali


Pen. Pegawai Tadbir (N27)


Pentadbiran


14


Fadhil Bin Zulkafli


Pen. Akauntan (W27)


Kewangan


15


Norshamsina Binti Abdul Raub


Penolong Pustakawan (S17)


Perpustakaan


16


Nor Azlinda Binti Ahmad Tahir


Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi (E27)


Hal Ehwal Pelajar


17


Noor Asdalina Binti Hashim


Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi (E27)


Perpustakaan


18


Saharizad Bin Saidin


Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi (E27)


Hal Ehwal Pelajar


19


Mohd Amir Bin Ahmad


Pembantu Tadbir Kanan (N22)


Pentadbiran


20


Rosmah Binti Hassan


Pembantu Tadbir Kanan (N22)


Pentadbiran


21


Hamzah Bin Shaari


Penjaga Jentera Eletrik Kanan (J22)


Teknikal


22


Rohizan Bin Abd Malek


Penyelia Asrama Kanan (N22)


Pentadbiran


23


Adnan Bin Rashid


Pembantu Ehwal Ekonomi Kanan (E22)


Teknikal


24


Muhammad Nur Zaini Bin Md. Zain


Juruteknik Komputer (FT22)


Teknologi Maklumat


25


Norhasimah Binti Ismail


Pembantu Tadbir (N17)


Pentadbiran


26


Hurul Ain Binti Razali


Pembantu Tadbir (N17)


Perpustakaan


27


Faridah Binti Sabar


Pembantu Tadbir (N17)


Hal Ehwal Pelajar


28


Noor Suraya Binti Kamarudin


Pembantu Tadbir (N17)


Hal Ehwal Pelajar


29


Nur Ain Binti Iszhal


Pegawai Khidmat Pelanggan (N17)


Pentadbiran


30


Ruzaini Binti Amrizal


Penyelia Asrama (N17)


Pentadbiran


31


Mohd Harris Bin Mohamad


Pembantu Akauntan (W17)


Kewangan


32


Huzaimah Binti Abdul Aziz


Pembantu Akauntan (W17)


Kewangan


33


Jusnita Heriani Binti Hairunnas


Pembantu Perpustakaan (S17)


Perpustakaan


34


Mohamad Izwan Bin Nahar


Pembantu Kemahiran (H17)


Teknikal


35


Mohd Zaaim Bin Haji Mohd Jamili


Pembantu Kemahiran (H17)


Teknikal


36


Muhammad Hafiz Bin Sahlan


Pembantu Operasi (N11)


Pentadbiran


37


Azzahari Bin Ahmad


Pengawal Keselamatan (KP11)


Pentadbiran


38


Mohd Mokhtar Bin Sulong


Pemandu Kenderaan (H11)


Pentadbiran


39


Kamaruddin Bin Adanan


Pembantu Awam (H11)


Pentadbiran


40


Zulkifli Bin Abd. Aziz


Pemandu Kenderaan (H11)


Pentadbiran


41


Azlan Shah Bin Ahmad


Pemandu Kenderaan (H11)


Pentadbiran

Carta Fungsi Institut Kraf Negara (Unit Pengurusan Perkhidmatan)

Pentadbiran Am

1. Menguruskan dan mengendalikan urusan :
a) Rekod penerimaan surat (masuk – keluar)
b) Membuat edaran surat / memo / dokumen
c) Rekod Fail dan pelupusan fail
d) Pengedaran pakaian seragam anggota kerja
2. Kenderaan
a) Membuat jadual & menguruskan tugasan pemandu
b) Membuat jadual & menguruskan pergerakkan kenderaan
c) Membuat jadual & menguruskan pemeriksaan kenderaan, pembaharuan cukai jalan dan lain-lain yang berkaitan secara berkala
d) Merekod dan melaporkan setiap bulan penggunaan:-
i) Minyak petrol
ii) Touch N’GO
3 Keselamatan
a) Memantau prosedur keselamatan pelajar dan pejabat
b) Memantau sistem keselamatan harta benda pejabat, anggota kerja dan dokumen rasmi
c) Memantau pergerakan keluar masuk anggota kerja, pelajar dan pelawat IKN.
4 Lanskap & Kebersihan
a) Memantau dan memastikan kebersihan dalam dan luar bangunan
b) Memantau & mamastikan Keceriaan & lanskap kawasan pejabat sentiasa terkawal dan mengikut jadual
5 Perkhidmatan kaunter, layanan telefonis dan pos
6 Urusan Logistik dan Kemudahan

 

Perolehan

1. Barangan dan perkhidmatan
2. Menguruskan urusan perolehan barang bagi Unit-unit dan Jurusan-Jurusan di IKN.
3. Mendapatkan sebut harga daripada pembekal dan memproses mengikut tatacara analisa sebutharga
4. Mengedarkan dokumen perjanjian bagi perlantikan kepada pembekal tunggal
5. Menguruskan perlantikan bahagian-bahagian
a) Mengendalikan urusan warrant perjalanan anggota kerja
b) Menguruskan dokumen-dokumen proses pembayaran.
6. Urusan surat-menyurat untuk mendapatkan kelulusan berkaitan dengan perolehan.
7. Merekod dan mengemaskini maklumat harta alih dan tidak alih IKN
8. Mengurus perlindungan insuran
9. Membuat pelupusan harta alih
10. Sewaan ruang niaga dan penguatkuasa.
11. Menguruskan penyewa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12. Memberi nasihat dan panduan dari segi perundangan
13. Pengurusan aset seluruh IKN dan mengawal serta merekod aset-aset yang sedia ada & baru
14. Urusan pengeluaran Pesanan Kerajaan dan Surat Lantikan.

 

Harta Modal

1. Stok, bahan dan peralatan
2. Merancang pembekalan barangan dan perkhidmatan
3. Menyediakan rekod pembelian

 

Pengurusan Stor

1. Pengendalian stor aset dan inventori yang membabitkan kelengkapan
pejabat dan lain-lain yang berada dibawah pengawasan unit
2. Pengendalian stor alat tulis dan keperluan pejabat bagi semua unit
3. Menyediakan laporan stok bulanan
4. Pengendalian stor secara berkala

 

Pengurusan

1. Pengurusan  Personel
a) Urusan Pengesahan Majikan dan Pengesahan
Jabatan
b) Pengurusan kemudahan pinjaman Peribadi Kenderaan,
Pinjaman  Peribadi Komputer dan Pinjaman Perumahan
c) Urusan mendapatkan kelulusan lawatan ke luar negara (rasmi
& tidak rasmi)
d) Urusan kelayakan Elaun, Perpindahan, Tuntutan Kenderaan
Sendiri,
e) Pakaian Panas, Pasport Antarabangsa, Elaun Wilayah &
Tambang
f) Mengunjungi Wilayah Asal dan Bayaran Insentif mengikut
Pekeling
g) Perkhidmatan dan Perbendaharaan yang berkuatkuasa
h) Urusan Kemudahan Perubatan Anggota Kerja Tetap, Kontrak
& Sambilan (Panel Klinik dan Surat Akuan Majikan (Guarantee Letter)
i) Urusan Cuti Anggota Kerja Tetap, Kontrak & Sambilan
j) Urusan Kad Perakam Waktu anggota kerja tetap, Kontrak &
Sambilan, pelajar latihan industri, apperantis, pakar luar
k) Urusan Peperiksaan Jabatan, Perkhidmatan & PTK
2. Keutuhan
a) Menguruskan Disiplin & Tatatertib Anggota Kerja
b) Melaksanakan Program Keutuhan Pengurusan IKN
c) Urusan Pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan
Pingat
d) Pengurusan Kehadiran Parlimen
e) Urusan Pengisytiharaan Harta
f) Majlis Bersama Jabatan
g) Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
h) Urusan Pemakaian Pekeliling & Surat Pekeliling
Perkhidmatan & Perbendaharaan
3 Pembangunan Organisasi
a) Pengstrukturan dan pengemaskinian Carta organisasi &
Fungsi jabatan sesuai dengan objektif
b) Mengkaji keperluan jawatan
c) Urusan Pelantikan tetap, kontrak, sambilan dan
perkhidmatan dibeli
d) Urusan Permohonan Kerja Melalui Jabatan
e) Urusan Latihan & Pembangunan Kerjaya

Perkhidmatan Unit Pengurusan Perkhidmatan

Unit Pengurusan Perkhidmatan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-

1. Kenderaan (Bas & Kereta)
a) Untuk kegunaan anggota kerja dan pelajar
b) Membawa pelajar membuat lawatan atau ke klinik berdekatan.
2. Urusan Perkhidmatan Personel
a) Urusan pengesahan Perkhidmatan & Penyambungan Perkhidmatan
b) Urusan peletakan jawatan / Pelepasan dengan Izin
3. Urusan Pembangunan Sumber Manusia
a) Urusan Prestasi dan Sasaran Kerja Tahunan
b) Urusan Pemberian Insentif
c) Urusan Anugerah Khidmat Cemerlang
– Urusan Arahan & Bayaran Tanggung Kerja dan Pemangkuan Kerja
4. Pengurusan Projek Fizikal
a) Menyelaras perlantikan juruperunding bagi projek-projek fizikal dan penyelenggaran yang memerlukan perkhidmatan Juruperunding
b) Mengurus, menyelaras dan memantau perlaksanaan projek dan senggaraan
c) Menganalisa dokumen sebutharga dan tender bagi urusan perlantikan kontraktor
d) Menyelaras perlantikan kontraktor melalui Lembaga Tawaran Tender / Sebutharga
e) Mengesahkan dan menyediakan dokumen pembayaran kepada Juruperunding dan kontraktor
f) Menyelaras permohonan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)
g) Mengenalpasti dan menyelaras kerja-kerja awalan projek seperti pecah
h) sempadan
i) Penyediaan Dokumen Penutupan Akhir Akaun Projek
5. Pengurusan Senggaraan Dan Teknikal (Termasuk Civil) Elektrikal Dan Mekanik
a) Merancang, menyusun dan menyelaras penyediaan rancangan pembangunan dan kerja-kerja setiap tahun
b) Menyelaras perlantikan Juruperunding bagi projek-projek fizikal dan penyelenggaraan yang memerlukan perkhidmatan Juruperunding
c) Mengurus, menyelaras dan mengendalikan kerja-kerja secara kontrak tetap perkhidmatan penyelenggaraan elektrik, hawa dingin, mesin dan lain-lain kejuruteraan
d) Mengendali, menguji dan mnegsahkan kemudahan peralatan Alat Bantuan Mengajar (ABM) dan sistem dalam bangunan
e) Merancang, menyusun dan menyelaras keperluan mesin jentera bengkel dan kerja-kerja penyelenggaraan
f) Menyediakan dokumen sebutharga dan tender bagi kerja-kerja senggaraan dan kontrak tetap
g) Membantu urusan logistik dan kemudahan
6. Kewangan Dan Akaun
a) Menyediakan, menyemak serta menguruskan pendapatan dan perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan IKN
b) Menyedia, menyemak, melulus serta memantau semua urusan pembayaran kepada pembekal & anggota kerja IKN
c) Menyedia, menyemak serta menguruskan Bajet Mengurus dan  Pembangunan
d) Menyedia, menyemak serta mengawal urusan tuntutan Bayaran Lebih Masa anggota kerja
e) Merekod, menyemak, melulus dan mengawal semua transaksi di dalam Modul yang terdapat dalam Sistem Kewangan Century
f) Menyediakan Laporan Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan & Akaun PKKM dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan IKN
7. Akaun
a) Pengurusan Akaun Panjar
b) Pengurusan Buku Tunai
c) Imbuhan wang Runcit
d) Pengeluaran tunai / cek
e) Urusan Pindahan / Pindaan Peruntukan
8. Keselamatan
a) Menjaga keselamatan anggota kerja, pelajar & pelawat yang berkunjung ke IKN
b) Mengawal keluar masuk kenderaan di IKN
c) Menjaga keselamatan bangunan, bengkel, kemudahan dan persekitaran IKN dari pencerobohan.
Kemudahan Unit Pengurusan Perkhidmatan

Kemudahan Yang Disediakan adalah :

1. Bilik Mesyuarat
2. Dewan Theatreatte
3. Bilik Kuliah (Songket 1 & 2)
4. Asrama (Lelaki & Perempuan)
5. Auditorium
6. Dewan Cindai
7. Makmal Komputer
8. Perpustakaan
9. Bilik Pameran
10. Bengkel Mengikut Jurusan
11. Mesin Dobi
12. Penginapan untuk tetamu / VIP
13. Surau
14. Kafeteria
15. D’Santai
16 Peralatan (meja, kerusi, dan lain – lain)
17. Wi-Fi
18. Bas, Van dan Kereta
19. Padang Bola Sepak, Takraw, Bola Tampar, Tenis, Bola Jaring, Futsal dan Badminton
20 Tempat Letak Kereta

Kemudahan Kolej Kediaman :


Pengenalan

Pengenalan

Ia terdiri daripada satu blok asrama siswi 4 tingkat yang mengandungi 82 bilik pelajar. Di samping, tingkat bawah pula ditempatkan bilik penyelia, bilik pejumpaan keluarga serta kafeteria. Selain daripada menjadi tempat kediaman pelajar, kolej juga bertanggungjawab ke atas pembentukan sahsiah pelajar termasuk pembangunan akademik, sosial, emosi dan fizikal. Aktiviti yang berkaitan diselaraskan oleh Exco Asrama Siswi dengan dibantu oleh pengurusan kolej. Pelajar-pelajar di kolej ini ditempatkan mengikut aras. Terdapat empat
aras pada setiap aras dimana setiap ketua aras berkenaan bertanggungjawab ke atas kesejahteraan ahli-ahli mereka. Sementara itu, bagi siswa pula mereka ditempat kat luar premis Institut. Dimana mereka tinggal di rumah sewa yang telah disediakan oleh pihak Pengurusan IKN.

Kediaman siswi
Kediaman siswi
Kediaman siswi


test

 

Penyelia Asrama

Pihak Pengurusan IKN telah menempatkan 2 penyelia wanita dan seorang penyelia lelaki bagi mengawal selia serta memantau kolej kediaman siswi – siswa. Mereka akan dibantu Exco Arsama Siswi – siswa.

Penyelia asrama :-

  1. Pn. Mariam bt Mohammad
  2. Pn. Ruzaini bt Amrizal
  3. En. Rohizan b Abdul Malek


peraturan

Peraturan Kolej Kediaman

  1. Secara umumnya, peraturan asrama menggariskan beberapa peraturan yang menekankan aspek kehidupan dalam masyarakat kolej secara harmoni iaitu dengan menekankan aspek sahsiah diri, aspek kesedaran disiplin, aspek keselamatan dan lain-lain lagi bagi menghasilkan suasana yang kondusif untuk semua pelajar, selesa menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai seorang pelajar.
  2. Penghuni-penghuni asrama hendaklah sentiasa berkelakuan baik, beradab, taat, aktif dan bertanggungjawab semasa berada di dalam dan di luar kawasan asrama.
  3. Penghuni-penghuni asrama hendaklah berpakaian bersih, kemas dan bersopan santun semasa berada di dalam blok dan juga kawasan asrama pada setiap masa.
  4. Penghuni-penghuni asrama hendaklah mempunyai semangat kekitaan, bekerjasama bertoleransi serta menghormati semua keluarga asrama, bertegur sapa dengan cara memberi salam dan bantu membantu di antara satu sama lain.
  5. Penghuni-penghuni asrama hendaklah menghormati dan mematuhi peraturan- peraturan asrama dan bertanggungjawab menjaga harta benda asrama, kemudahan yang disediakan dan memastikan kemudahan tersebut dalam keadaan baik sehingga tamat tempoh pengajian.
  6. Penghuni-penghuni asrama hendaklah menghormati Penyelia Asrama, AJK Asrama dan semua penghuni asrama yang lain.
  7. Penghuni-penghuni asrama hendaklah mematuhi arahan dari semasa ke semasa dan peraturan etika pakaian dan rupa diri yang telah ditetapkan di Institut.
  8. Penempatan Pelajar di asrama
    • Institut ini menyediakan kemudahan asrama. Setiap pelajar adalah diwajibkan mendaftar untuk tinggal di asrama. Kelulusan tinggal di luar asrama hanya tertakluk kepada kemudahan yang terhad dan hanya boleh diluluskan oleh Pengarah Institut ini sahaja.
    • Penentuan bilik, blok dan asrama bagi seseorang pelajar adalah ditentukan oleh
      Penyelia Asrama.
    • Setelah diperuntukkan sesebuah bilik, penghuni tidak dibenarkan berpindah / bertukar tempat ke bilik lain kecuali mendapat kebenaran/kelulusan secara bertulis daripada Unit Hal Ehwal Pelajar dan Penyelia Asrama.
    • Penyelia Asrama boleh mengarah seseorang penghuni mengosongkan bilik / blok atau berpindah ke tempat lain pada bila-bila masa dengan alasan yang munasabah.
    • Jika seseorang penghuni dikehendaki berpindah dan / atau mengeluarkan semua barang kepunyannya, ia hendaklah berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.
  9. Peraturan Di Bilik Asrama
    • Penghuni setiap bilik hendaklah melantik seorang Ketua /Ahli Jawatankuasa untuk mempastikan setiap penghuni asrama mematuhi peraturan asrama yang telah ditetapkan.
    • Jadual bertugas hendaklah disediakan oleh Ketua bilik bagi mempastikan setiap penghuni asrama menjalankan tugas masing-masing.
    • Penghuni bertanggungjawab memelihara harta benda dan kemudahan asrama yang disediakan oleh pihak Institut. Jika didapati ada harta benda atau kemudahan yang dikenalpasti hilang atau rosak, penghuni yang terlibat atau semua penghuni di bilik tersebut dikehendaki membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut. Jumlah bayaran gantirugi akan ditentukan oleh LTT Institut ini.
    • Penghuni asrama hendaklah sentiasa memastikan bilik bersih dan kemas Penyelia asrama akan memeriksa setiap bilik bagi mempastikan bilik kemas dan teratur.
    • Susunatur perabut dalam Bilik Asrama telah ditetapkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar. Penghuni asrama tidak dibenarkan mengubahsuai kedudukan perabut dalam bilik / blok penginapan kecuali setelah mendapat kebenaran Unit Hal Ehwal Pelajar
    • Tuala / baju / kain, tidak dibenarkan disangkut / disidai / pada tingkap, katil, dinding @ membuat sidaian dalam bilik asrama dan sebagainya. Ia hendaklah disidai di tempat yang telah disediakan oleh pihak Institut.
    • Kasut hendaklah disusun di rak kasut yang telah disediakan. Penghuni dilarang memakai kasut di dalam blok penginapan serta mana-mana ruang yang ada dinyatakan larangan tersebut.
    • Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan berbentuk kertas pada dinding bilik/rumah atau memaku sebarang jenis tampalan yang boleh merosakkan dinding/ cermin dengan pin, paku, gam dan kertas tampalan. Penghuni juga tidak dibenarkan membuat catatan atau menconteng di dinding, almari dan katil, bantal, tilam dan lain-lain kemudahan
      yang disediakan.
    • Penghuni dilarang membawa makanan tidak halal ke dalam asrama dan kawasan Institut.
    • Penghuni dilarang memasak makanan di bilik asrama. Makanan berkuah tidak boleh dibawa ke dalam bilik. Semua sisa-sisa makanan hendaklah dimasukkan dalam plastik dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
    • Penghuni tidak boleh membuang sampah atau benda yang tidak mudah hancur seperti plastik, tuala wanita dan lain-lain ke dalam tandas atau saluran air atau parit (longkang)
    • Penghuni dilarang membuat sebarang sambungan elektrik sendiri, memasang, mengusik, membetul lampu / kipas atau mengubahsuai pemasangan elektrik di bilik asrama
    • Pemasangan lilin, pelita dan ubat nyamuk tidak dibenarkan.
    • Sebarang bentuk perjudian adalah diharam sama sekali
    • Penghuni dilarang menyimpan alat/pekakas yang tajam seperti parang panjang, keris, pedang
      dan lain-lain senjata merbahaya.
    • Penghuni tidak dibenarkan membawa masuk, memiliki, menyimpan menggunakan apa-apa bahan lucah, racun, dadah, minuman keras dan bahan-bahan yang mudah terbakar seperti minyak petrol dan bahan kimia dalam bilik
    • Pelajar dilarang membawa peralatan elektrik seperti TV, permainan video dan lain-lain kecuali seterika, pemanas air dan komputer perlu mendapat kebenaran daripada Penyelia Asrama
    • Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan kelas atau bengkel (hak Institut) ke dalam bilik asrama kecuali mendapat kebenaran Ketua Jurusan / Tenaga Pengajar
    • Penghuni hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan elektrik. Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain suis apabila tidak berada di dalam bilik untuk mengelakkan pembaziran dan kebakaran
    • Penghuni dilarang memelihara binatang peliharaan seperti kucing, arnab dan sebagainya di dalam asrama dan Institusi
    • Penghuni DILARANG MEROKOK di dalam blok, bilik kediaman, kawasan asrama (asrama luar atau dalam).
    • Penghuni tidak dibenarkan berada atau balik ke asrama pada waktu kuliah, bersukan atau ketika sebarang program rasmi IKN dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada Unit Hal Ehwal Pelajar dan Ketua Jurusan.
    • Penghuni ditegah tidur lebih daripada seorang sekatil.
    • Hanya penghuni berdaftar sahaja dibenar tinggal di asrama berkenaan. Pihak HEP / Penyelia Asrama berhak mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana pelajar / penghuni yang menduduki asrama tanpa izin.
    • Penghuni bilik tidak dibenarkan membawa kawan, saudara atau sesiapa sahaja orang lain menumpang / tinggal / menginap di dalam bilik tempat tinggalnya.
    • Asrama adalah kawasan larangan bagi pelawat atau pelajar lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama perempuan dan sebaliknya. (kecuali
      dengan kebenaran Unit Hal Ehwal Pelajar).
    • Pelajar berlainan jantina dilarang berada di dalam keadaan berdua-duaan di tempat yang
      mencurigakan pada sebarang masa.
    • Penghuni adalah dinasihati supaya tidak menyimpan atau memakai barang-barang berharga atau wang berlebihan di dalam asrama. Pihak Institut tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda persendirian.
    • Kenderaan hendaklah diletak di ruang / petak yang telah dibenarkan. Penghuni dilarang meletakkan kenderaan di mana-mana tempat yang membahayakan, menghalang atau menyusahkan orang atau kenderaan lain.
    • Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni yang pertama sekali melihatnya hendaklah memberitahu Pegawai yang bertugas atau Pejabat Asrama DENGAN
      SEGERA. Penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan tenang dan berkumpul di satu tempat yang dikhaskan
    • Penghuni dilarang membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman penghuni lain termasuk penggunaan alat-alat muzik. Keadaan senyap sunyi
      hendaklah diwujudkan di asrama pelajar di antara jam 1.00 pagi – 6.00 pagi.
    • Semua lampu bilik asrama mesti dipadamkan pada 11.30 malam
    • Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan. Pihak Institut tidak bertanggungjawab atas kehilangan sebarang harta benda atau barang-barang kepunyaan penghuni.
    • Penghuni tidak boleh menghalang atau menahan seseorang Pegawai Unit Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya daripada memasuki dan membuat pemeriksaan di bilik berkenaan.