Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Pengurusan

Visi Akademik & Kemahiran Kraf

Menjadi Pusat Pengajian Kraf Negara yang berdaya saing dalam pendidikan dan penyelidikan dalam bidang kraf batik, tenunan, seramik, kayu, logam, rotan dan bidang lain yang berkaitan.

 

Misi Akademik & Kemahiran Kraf

Melahirkan lulusan profesional kraf melalui program pendidikan dan kemahiran serta menghasilkan penyelidikan.

 

Objektif Akademik & Kemahiran Kraf

Mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf batik, tenunan, seramik, kayu, logam dan rotan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang professional dalam industri kraf.

Selaras dengan kajian semula kurikulum, pada tahun 1996 program latihan kemahiran kraf yang di telah dipusatkan di Kompleks Perbadanan Kraftangan Rawang, Selangor (sekarang dikenali sebagai Institut Kraf Negara). Program ini memberi tumpuan kepada para belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang juga merupakan satu lagi alternatif kepada para belia bagi meneruskan kerjaya mereka melalui bidang kraf. Program latihan ini telah membawa satu transformasi latihan kemahiran kepada pendidikan secara hands-on dan berkonsepkan vokasional yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir yang profesional serta berpendidikan dalam industri kraf. Program ini mentauliahkan Sijil Latihan Pengkhususan Khas berserta Sijil Tokoh Muda Kraf bagi pengiktirafan kepada para belia yang menyertainya secara sepenuh masa selama tiga tahun. Melalui program latihan ini, para pelajar telah akan berpeluang melanjutkan pelajaran mereka ke Institut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Sains Malaysia.

 

Bagi mencapai matlamat yang direncanakan, skop pengajian di perluas dan di pertahapkan program latihan setapak ke hadapan. Penggubalan dan pembangunan kurikulum diperlengkapkan dokumennya, kemudahan dan kelengkapan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat untuk meningkatkan status sebagai institusi pendidikan yang berteraskan kemahiran kraf sebagaimana yang diisyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Dan pada 08 Ogos 2001, dengan persetujuan Jemaah Menteri, Institut Kraf Negara telah ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian yang berasaskan kemahiran untuk program Sijil dan Diploma.

 

Perlaksanaan program pengajian dipertingkatkan di bawah pengendalian dengan mewujudkan Unit Akademik dan Kemahiran kraf terutama dalam aspek kurikulum dan perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran di Institut Kraf Negara. Perlaksanaan program peringkat Sijil Seni Kraf (tempoh pengajian dua tahun) telah dimulakan pada tahun 2001 manakala program Diploma Seni Kraf pada tahun 2002 (tempoh pengajian tiga tahun).

 

Dalam usaha memastikan matlamat terlaksana, Institut Kraf Negara menetapkan enrolmen pelajar sejajar dengan dasar negara dalam mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif serta berketrampilan dalam bidang kraf bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang professional dalam industri kraf. Di samping itu pembangunan, insanian bermoral, berdisiplin serta berbudaya keusahawan diterapkan secara merentas kurikulum.

 

Program yang dikendalikan oleh akademik & kemahiran kraf dalam 6 jurusan seni kraf iaitu :

  • Jurusan Seni Kraf Batik
  • Jurusan Seni Kraf Tenunan
  • Jurusan Seni Kraf Kayu
  • Jurusan Seni Kraf Logam
  • Jurusan Seni Kraf Seramik
  • Jurusan Seni Kraf Rotan

 

Unit ini juga memberikan tumpuan utama kepada kajian dan penyelidikan dalam pelbagai bidang kraf sama ada tradisional atau kontempori supaya dapat di manfaatkan kepada pelajar dan pengajian tinggi serta masyarakat umum bagi pembangunan industri. Hasil kajian disebarkan melalui penerbitan, bengkel/seminar atau pameran berkala.

 

Pada 17 Disember 2009, Akademik dan Kemahiran Kraf mengorak langkah mencapai misi apabila Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK), Jabatan Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke 104 telah bersetuju untuk memberi pengiktirafan kelayakan Sijil Seni Kraf dan Diploma Seni Kraf sebagai setaraf dengan Sijil dan Diploma Biasa dari Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam Malaysia melalui surat rujukan JPA(L) S. 180/8/1-96 Klt.5 (82) bertarikh 22 Disember 2009 secara rasmi kepada Institut Kraf Negara.

 

Dengan pengiktirafan Unit Akademik dan Kemahiran Kraf usaha lebih gigih perlu diperkasakan dari semua sudut bagi memastikan pengajian yang disajikan relevan dengan pasaran kerja masa kini. Usaha bersepadu diperlukan dari semua pihak bagi memastikan kepupusan industri kraf tidak menjadi.

Direktori

Nama Gelaran emel@kraftangan.gov.my Telefon *(samb.)
Mohd Yusof Bin Abd Rani Ketua Akademik yusofrani 105
Masidayu Mat Salleh Penolong Pengarah masidayu 150
Wan Noradreena Bt W.Rawi@Wan Nik Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi noradreena 153
Shamsheila Mazura Samsudin Pembantu Tadbir shamsheila 151
Rozawira Mohd Zakuan Pembantu Tadbir rozawira 152

 

Maklumat Akademik & Kemahiran Kraf

Ketua Akademik

Unit Akademik & Kemahiran Kraf,

Institut Kraf Negara,

No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang,

Taman Rekreasi Templer,

48000 Rawang,

Selangor.

 

No. Telefon*

03–6091 5322

 

No. Faksimili

03–6092 6072

 

Emel Rasmi Akademik & Kemahiran Kraf

akademik_ikn@kraftangan.gov.my

Carta Organisasi Akademik & Kemahiran Kraf

Fungsi Akademik & Kemahiran Kraf

Fungsi Akademik & Kemahiran Kraf terbahagi kepada 3:

pendaftar

Pendaftar

  • Mengurus dan mentadbir pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf sesuai dengan kehendak visi dan misi Institut Kraf Negara
  • Merancang dan memantau aktiviti serta prosedur semua sub-unit Akademik & Kemahiran Kraf
  • Merancang garis panduan dan perancangan strategik semua sub-unit Akademik & Kemahiran Kraf
  • Perlantikan ahli jawatankuasa penasihat akademik
  • Pengiktirafan kelayakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi lantikan dalam sektor perkhidmatan awam
  • Pendaftaran Institut Kraf Negara / program
  • Memorandum persefahaman antara IPTA / IPTS dalam dan luar negara
  • Kerjasama dengan kementerian pendidikan tinggi (politeknik dan kolej komuniti) serta IPT
  • Menyedia dan melaporkan aktiviti semua sub-unit Akademik & Kemahiran Kraf
  • Melaksana standard yang ditetapkan oleh pusat pengajian tinggi
  • Pembangunan sumber manusia akademik
  • Jawatankuasa pengurusan rekod pelajar & konvokesyen
  • Urusan pertukaran pelajar dan pengajar dalam dan luar negara
  • Kajian perbandingan antara IPT dalam & luar negara
  • Perancangan dan penyelaras pengurusan kemasukan pakar luar negara

pengurusanpentadbiran

Pengurusan

  • Perancangan taqwin pengajian akademik
  • Perlaksanaan pengajian
  • Penyelarasan Pengajar / pensyarah dalam & luar, Residen artis, felo dan
  • Kepakaran luar
  • Penyelarasan program pengajian
  • Khidmat Kemasyarakatan
  • Kajian Dan Penyelidikan
  • Penulisan Dan Penerbitan
  • Pembangunan, Penggubalan Penilaian serta Pemurnian Kurikulum
  • Urusan pameran, bengkel / seminar
  • Sistem Operasi Kurikulum
  • Peraturan Akademik
  • Lawatan Akademik Dalam Dan Luar Negara
  • Lawatan Industri
  • Lawatan Sambil Belajar

 

Pentadbiran

  • Pengurusan perolehan dan kewangan unit
  • Pengurusan pentadbiran unit
  • Pengurusan senggaraan

pengurusanpelajar

Pengurusan Pelajar

  • Urusan Pendaftaran dan pertukaran program
  • Urusan Peperiksaan Dan Penilaian
  • Latihan Amali / Industri
  • Lawatan Akademik Dalam Dan Luar Negara
  • Lawatan Industri
  • Lawatan Sambil Belajar

 

Pengurusan Maklumat

  • Sistem Maklumat Pelajar / Campus Management System
  • Sistem Maklumat Graduan / Graduate Information System
  • Sistem Penawaran Kursus dan tawaran kursus
  • Penawaran Kursus dan pengemaskinian maklumat data dan maklumat digital
  • Kod dan daftar data keperluan baru dan pindaan kursus
  • Sistem, aplikasi dan perisian maklumat pelajar (inkubasi & implementasi)

 

Pengurusan Rekod

  • Sistem pendaftaran kursus
  • Sistem Rekod Kehadiran Pelajar
  • Pengurusan semua fail peribadi (fizikal) pelajar dan graduan
  • Penawaran Kursus dan urusan pindaan
  • Penawaran kursus dan pengemaskinian maklumat
  • Pendaftaran pelajar baru mengikut Program pengajian
  • Cuti Khas, tangguh pengajian, gantung pengajian dan pemberhentian pelajar
  • Penyediaan Penyata Keputusan Peperiksaan, Transkrip Akademik dan skrol Sijil dan Diploma
  • Markah peperiksaan bagi kursus liberal, Wajib Institut dan Elektif
  • Pengeluaran enrolmen pelajar setiap semester
  • Tindakan susulan proses pertukaran rancangan pengajian
  • Rekod Pelajar yang menyambung pengajian ke IPT
  • Permohonan Transkrip Akademik tambahan (bekas graduan)
  • Permintaan Ad-hoc tentang maklumat pelajar dan bekas pelajar

Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546)

Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 (akta 556)

aktamajlis

Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546)

Merupakan suatu Akta untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Tinggi Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsinya berhubungan dengan pendidikan tinggi dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Antara fungsi-fungsi Majlis Pendidikan Tinggi Negara adalah:

  • Merancang, membentuk dan menentukan dasar dan strategi kebangsaan bagi perkembangan pendidikan tinggi;
  • Menyelaraskan perkembangan pendidikan tinggi;
  • Memajukan dan memudahkan pertumbuhan teratur institusi pendidikan tinggi;
  • Menentukan dasar dan menetapkan kriteria bagi penguntukan wang kepada institusi pendidkan tinggi;
  • Menentukan dasar berhubungan dengan kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi;
  • Menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan struktur gaji dan sistem pengurusan kakitangan Universiti dan Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
  • Menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai struktur yuran;
  • Menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai bidang atau kursus pengajian yang diusahakan oleh institusi pendidikan tinggi;
  • Menetukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai perjalanan apa-apa kursus pengajian atau program latihan oleh institusi pendidikan tinggi bersesama atau bersama-sama dengan, secara bergabung, secara usahasama atau selainnya, dengan mana-mana Universiti atau institusi pendidikan tinggi atau institusi pendidikan atau organisasi lain di dalam atau di luar Malaysia;
  • Menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai penglibatan Universiti dalam aktiviti perniagaan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
  • Mengambil apa-apa tindakan dan melakukan apa-apa benda lain yang difikirkan patut atau perlu bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.

 

Sumber :
Kementerian Pengajian Tinggi

aktalembaga

Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 (akta 556)

Merupakan suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi-fungsinya dan kuasa-kuasanya serta bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannnya. Antara fungsi-fungsi Lembaga Akreditasi Negara adalah:

  1. untuk merumuskan dasar mengenai kawalan standard dan kualiti :
    1. kursus pengajian; dan
    2. sijil, diploma dan ijazah
  2. untuk menetapkan, mengawasi, mengkaji semula dan menyelia standard dan kualiti:
    1. kursus pengajian; dan
    2. sijil, diploma dan ijazah bagi tujuan pengakreditan;
  3. untuk menentukan tahap pencapaian bagi bahasa kebangsaaan dan mata pelajaran wajib yang ditetapkan dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 sebagai pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah; dan
  4. untuk menasihatkan dan membuat syor kepada Menteri bagi kelulusannya ke atas kursus pengajian yang hendak dikendalikan oleh sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta mengenai:
    1. kesesuaian persedian berhubungan dengan kemudahan pendidikan yang relevan dengan kursus pengajian itu; dan
    2. jaminan standard dan kualiti kursus pengajian itu.

 

Sumber :
Kementerian Pengajian Tinggi