Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Profil IKN

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke laman web Institut Kraf Negara (IKN).

Dalam peredaran dunia yang semakin canggih dan dinamik, kita tidak seharusnya melupakan warisan dan budaya bagi memantapkan jati diri bangsa. Sebagai salah sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan perintis dalam mengekalkan warisan kraf negara, IKN mengambil langkah untuk melahirkan para graduan yang berkemahiran dan berilmu dalam mewarisi dan mengekalkan warisan budaya turun temurun disulami dengan kemahiran teknologi.

 

Institut Kraf Negara yang telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2001, memainkan peranan penting sebagai sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pengajian dalam bidang kraf. Konsep pendidikan di IKN memberi penekanan 70% dalam aspek kemahiran dan 30% dalam bidang akademik. IKN menawarkan program pengajian di peringkat Diploma dan Sijil secara sepenuh masa dalam enam (6) bidang iaitu seni kraf batik, tenunan, seramik, kayu, rotan dan logam.

 

Bagi memastikan IKN berjalan mengikut landasan yang ditetapkan, usaha secara berterusan dilaksanakan bagi mempertingkatkan tahap pembelajaran ilmu kraf disamping melahirkan para graduan yang berkualiti, berinovasi, berteknologi tinggi dan berdaya saing. Pelajar-pelajar IKN yang dianugerahkan Diploma dan Sijil juga berpeluang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang lain. IKN juga berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan kraf yang berilmu, berpendidikan tinggi serta dapat memelihara dan memulihara seni kraf secara terancang, seterusnya memastikan kesinambungan kemahiran seni kraftangan diwarisi generasi akan datang.

 

Menerusi kepakaran barisan tenaga pengajar kraf yang profesional serta terlatih dan tenaga pengajar jemputan dari Institut Pengajian Tinggi Awam, IKN mampu menjadi hab pendidikan kraf yang dominan.

 

Maklumat lanjut mengenai program yang kami tawarkan di IKN terdapat di dalam laman web kami. Sila layarinya untuk mendapatkan program-program pilihan anda. Semoga laman web yang direka bentuk ini memudahkan para pengunjung mengenali IKN dengan lebih dekat lagi dan seterusnya memberi peluang untuk meneroka dan membangunkan potensi diri bagi merealisasikan impian anda dalam bidang kraf.

 
 

Akhir kata, selamat melayari laman web kami.

Zainal Abidin Bin Che Pa
Pengarah
Institut Kraf Negara