Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

MAKMAL SEMAKAN KURIKULUM PENGAJIAN PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) 2017







MAKMAL SEMAKAN KURIKULUM PENGAJIAN PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) 2017

  |   Aktiviti   |   No comment

 

Tarikh : 19 – 22 Disember 2017
Masa : 8.30 pagi – 10.30 malam
Tempat : Thistle Resort, Port Dickson Negeri Sembilan

 

Seksyen Akademik dan Kemahiran Kraf serta Unit Jaminan Kualiti telah mengadakan Makmal Semakan kurikulum Pengajian Diploma dan Sijil Seni Kraf IKN bertempat di Thistle Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Makmal ini diadakan pada 19 hingga 22 Disember 2017 dan disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada anggota kerja akademik bagi semua enam jurusan di IKN (Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan). Seramai 12 orang ahli panel akademik dan panel industri kraf telah dilantik mengikut bidang jurusan yang berbekalkan ilmu dan pengalaman untuk berkongsi kepakaran dalam maklum balas mengenai program pengajian yang ditawarkan di IKN.

Makmal ini diadakan bagi menjamin kurikulum pengajian di IKN selari dengan kehendak industri dan tahap pengajian tinggi di peringkat Diploma dan Sijil. Semakan ini secara langsung boleh meningkatkan lagi kualiti kurikulum di IKN setanding dengan keperluan pendidikan tinggi dan pusat pengajian tinggi awam lain yang setara. Program akademik perlu disemak secara berkala serta sistematik supaya keberkesanan kurikulum terhasil.

Melalui pelaksanaan semakan kurikulum ini juga dapat memantapkan kurikulum sedia ada mengikut asas dan prinsip Outcome Based Education (OBE) dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersesuaian dengan keperluan kursus bagi struktur kurikulum terkini.

No Comments

Sorry, the comment form is closed at this time.