Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Mesej Pengarah

Selamat datang ke Alumni Institut Kraf Negara, platform maya yang menjadi perantara untuk menghubung dan mengeratkan jaringan sesama ahli alumni, serta menghebahkan perkembangan terkini IKN kepada ahli alumninya.

 

9 November 2011, Alumni Institut Kraf Negara telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan berlangsungnya mesyuarat Agung bagi penubuhan Persatuan Alumni IKN buat julung kalinya. Diharap dengan penubuhan Persatuan Alumni IKN ini, ia akan memberi impak dan pengertian tersendiri kepada para alumni, khususnya dalam mengeratkan silatulrahim dan secara tidak langsung, dapat menyumbang kembali kepada perkembangan IKN serta dapat memartabatkan imej IKN sebagai sebuah institusi pengajian kraf yang dominan.

 

Satu mesej penting yang saya ingin sampaikan adalah, pendidikan dan pengalamanyang diterima oleh setiap ahli alumni di IKN merupakan satu pelaburan yang tidak ternilai bagi hidupan di dunia ini, sementara pengetahuan dan kemahiran setiap ahli alumnimerupakan aset utama kepada institut ini. Setiap para ahli alumni adalah duta yang meneruskan kegemilangan IKN walaupun telah lama meninggalkan alam pengajian. Bagi menggerakkan program alumni, saya menyeru agar para ahli alumni memberi kerjasama, sokongan dan melibatkan diri secara aktif dalam sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Persatuan Alumni IKN.

 

Semoga semangat cintakan alma mater dan semangat permuafakatan di kalangan para alumni terus subur, bagi mengekalkan jaringan yang kukuh antara alumni dan IKN. Saya pasti setiap aktiviti yang direncana dan dilaksanakan memerlukan kakitangan dan kewangan yang mencukupi untuk menggerak dan menjayakannya. Justeru, saya berharap setiap ahli alumni dapat bergerak aktif bagi membolehkan sesuatu program itu berjalan dengan lancar.

 

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh setiap individu dan kepada semua pihak yang terlibat bagi merealisasikan penubuhan Alumni IKN ini.

 

Akhir kata, kepada semua ahli alumni, saya mengucapkan selamat maju jaya dan salam hormat.

 

Wassalam.
Zainal Abidin Che Pa

Pengarah

Institut Kraf Negara