Custom Pages
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • FAQ
  • HELP
Help
  • Portal Guide
  • Sitemap
  • Accessibility (W3C)
  • Mobile Web Guide
Web Policy
  • Terms & Condition
  • Privacy Policy
  • Security Policy
  • Disclaimer
 

Pendaftaran Alumni

KEAHLIAN

  • Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang merupakan bekas-bekas penuntut di Institut kraf Negara.
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah di cadangkan dan di sokong oleh dua orang ahli dan di hantar kepada setiausaha yang hendaklah mengemukakannya kepada jawatankuasa untuk pertimbangan dan kelulusan.Jawatankuasa berkuasa menolak sesuatu permohonan tanpa memberi apa-apa sebab.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
  • Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

 

BAYARAN MASUK DAN BAYARAN LAIN

  • Bayaran masuk dan yuran yang perlu di jelaskan adalah seperti berikut:-
    1. Bayaran masuk RM25.00 (Ringgit Malaysia Dua puluh lima sahaja)
    2. Sumbangan tahunan RM24.00(Ringgit Malaysia Dua puluh empat sahaja)

     

  • Sumbangan tahunan hendaklah di jelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 30 hari pada Januari setiap awal tahun.
  • Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
  • Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun,dengan sendirinya terhenti dari menjadi ahli Pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  • Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut di sebabkan hutang.
Sistem e-Alumni

Graduan IKN/Pelatih kraf boleh mendaftar secara dalam talian melalui pendaftaran alumni online yang telah diwujudkan. Sila masukkan mykad anda dan klik butang LOG MASUK/DAFTAR.

 

Untuk mendaftar secara dalam talian, sila klik di [sini].

 

Untuk memuat turun borang berkaitan, sila klik di[sini].